2 hari ni aku telah pun bertugas untuk menjadi pemandu sekali lagi. Tapi kali ni assignment aku lebih mencabar dan menarik daripada hari tu gi kempas dan ada beberapa peristiwa lain yang berlaku.
Dipetik dari CNN
Aku nak mengucapkan takziah kepada YAB Perdana Menteri Malaysia atas pemergian isteri beliau pada 20 Oktober 2005 bersamaan 16 Ramadhan 1426. Semoga beliau dapat menempuhi kehidupan yang pastinya akan lebih mencabar pada masa akan datang. Juga marilah kita sama-sama berdoa agar roh "first lady of Malaysia" dicucuri rahmat dan berada dalam keadaan tenang dan selamat. Al-Fatihah...
Seperti yang aku maklumkan kat atas tadi, aku ditugaskan menjadi pemandu untuk tugasan ni. 2 hari yang berbeza sebenarnya, tapi pengalaman yang cukup menarik. Pertama sekali lawatan ke tapak pelupusan sampah yang bertempat di Seri Kembangan. Rasanya dah lama dah aku terdengar berkenaan tempat ni tapi tak pernah ambil peduli pun. Akhirnya, mungkin di takdirkan aku sampai jugak ke tempat tu. Bertempat di sebuah kawasan yang agak jauh dari pandangan orang, berkeluasan sekitar 42-43 hektar (seingat aku mengikut maklumat daripada orang yang aku bawa). Kawasan ni telah pun dibangunkan menjadi salah sebuah tapak pelupusan sampah di Selangor selain daripada satu lagi tapak pelupusan sampah yang terletak di Bukit Sagar. Tapak ni menempatkan semua sampah-sampah di seluruh negeri Selangor dan sekitar kawasan Lembah Kelang kecuali Kuala Lumpur.
Dan satu pemandangan yang tak pernah aku bayangkan ialah, kawasan tapak pelupusan tu sekarang ni dah tinggi macam bukit kat sebelah tapak kawasan tu. Wow! banyaknya sampah... Sepengetahuan saya, seorang rakyat Malaysia membuang sampah sebanyak 2 kilogram sehari secara purata. Mana taknya menimbun macam bukit. Dalam kepala otak aku ni berkata "Banyaknya sampah masyarakat". Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang perkara ini, namun itulah hakikatnya dan itu adalah masalah sampah yang di buang secara betul, belum lagi isu sampah di dalam sungai Kelang dan Sungai Gombak tu. Namun begitu aku kagum jugak, pasal aku tak sangka ada orang yang mendapat keuntungan dan menjana rezeki daripada sampah yang kita buang hari-hari. Aku cukup salute dengan syarikat yang mengendalikan tapak pelupusan sampah tu. Kalau sebelum ni kita selalu dengar "monkey business" tapi kali ni aku lihat depan mata aku sendiri "rubbish business".
Kita lupakan pasal sampah dan aku nak cerita pasal lawatan ke kilang kelapa sawit plak. Aku memang pernah kerja kait kelapa sawit ni. So, tak heran sangat lah dengan buah kelapa sawit dan proses nak menjadikannya minyak pasal aku study jugak dulu pasal penghasilan minyak sawit ni. Tapi tak pernah nak datang ke kilang kelapa sawit sehinggalah hari tu. Adakah kawan-kawan tahu keadaan kelapa sawit tu sebelum ianya diproses, kemudian kita gunakan untuk memasak, kemudian masakan itu kita makan dan masuk menjadi daging tubuh? Kagum! itu sahaja yang mampu aku lahirkan dalam hati bila aku nampak kilang tu. Banyak tu buah kelapa sawit. Tapi apa yang aku nak ceritakan ialah hampas buah kelapa sawit tu. Pernah bayangkan tak betapa banyaknya hampas buah kelapa sawit yang terhasil untuk menghasilkan minyak? Tinggi longgokan hampas tu dah sama tinggi dengan jentolak yang tolak hampas tu untuk dikumpulkan. Banyak siut. Aku tak tahu la pulak mana diorang nak letak benda tu lepas digunakan ataupun ia digunakan untuk apa. Tapi memang banyak la.... Lepas tu, apabila tandan kelapa sawit tu dipanaskan untuk meleraikan buah dia, akan terhasil sejenis cecair yang kotor yang mana akan dikumbah dekat dengan kilang tu jugak. Bau dia aku tak payah ceritakan lah... kang korang tak leh nak makan plak kan. Ada tiga buah tangki tapisan dan itupun belum menghasilkan air yang bersih untuk dibuang ke sungai. Tapi buang jugak.
Apa yang aku nak ceritakan sebenarnya ialah, Mengapa pembangunan yang kita kecapi mesti mempengaruhi alam sekitar? Satu persoalan yang cukup besar dalam otak aku sepanjang aku berada di dua-dua kawasan tu.Kita hidup dalam keadaan yang selesa dan penuh dengan kesenangan dan kemudahan. Namun di sebalik kenikmatan yang kita kecapi itu, tanpa kita sedari, kita meninggalkan kesan kepada alam sekitar kita. Mujurlah ada insan-insan yang masih menghargai alam sekitar kita dan terus membuat kajian bagaimana untuk mengurangkan kesan pembangunan kepada alam sekitar. Cerita ni aku tulis sekadar untuk memberi sedikit kesedaran dan keinsafan kepada diri aku dan kawan-kawan supaya kita setidak-tidaknya dapat memainkan peranan dalam preserving our environment walau pun kecil. Bumi kita hanya ada satu, dan ia telah tua. Sama-samalah kita menjaganya.
1 comment:
aku pernah tengok satu rancangan dokumentari.. sampah2 dari lori sampah tu dibawa ke satu tempat (building).. kat situ ada banyak lubang2 yang dibuat menggunakan simen, bukan lubang yang dikorek dari tanah. Then, lori2 sampah tu akan buang semua sampah ke dlm lubang tersebut. sebelum tu sampah2 tu dimampatkan & dibuang airnya dulu. Kemudian lubang tu ditutup... erm.. kalo konsep tu digunakan sampai bile2, satu hari nanti tak mustahil ada lubang sampah kat bawah lantai yang kita pijak ni.. hihihi.. eh boleh ke camtu? errr... ermm... tah!
Post a Comment