
Alhamdulillah hari ni aku dapat datang ofis awal gak la walaupun aku terlewat gerak daripada rumah aku kan. Maklumlah, hujan lebat, sejuk, sedap tidur. Walaupun dalam bulan Ramadhan ni semua segala syaitan dah dibelenggu, tapi lepas Subuh tu tetap rasa macam kena selimut jer. Kat atas sejadah pun jadi gak lelap mata tu.
Pagi ni masa sahur aku hidupkan tv dan tengok satu rancangan tu. Semasa tengah makan dan dengar topik perbualan tu aku tertarik dengan satu isu berkenaan tentang ilmuwan, teknologi dan di mana mereka berada? Aku tertarik dengan seorang al-ustaz tu, dia kata lebih kurang, "Mengapa semua orang-orang yang bijak pandai kita keluar daripada negara kita?" Itu lebih kurang yang aku dengar la kan.. tapi daripada apa yang aku dengar tu aku terfikir, betul jugak tu. Mengapa semua orang bijak pandai kita pergi ke luar negara? Mungkin ada yang nak melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Mungkin la... tapi selepas itu, ke mana perginya mereka? Tidak pernah ada satu berita pun mengatakan bahawa anak-anak Melayu Malaysia yang pergi ke luar negara dan balik lalu memberi sumbangan besar kepada negara. Mengapa keadaan ini berlaku?
Cuba kita lihat apa yang berlaku di Jepun. Aku cukup suka berbicara tentang peradaban Ketamadunan Jepun ni. ORang-orang Jepun yang bijak-bijak tetap akan sentiasa berada di Jepun walaupun untuk melanjutkan pelajaran mereka. Ada tak pernah kita melihat orang-orang Jepun ke luar negara mereka untuk belajar teknologi? Sepengetahuan aku, tak pernah. Tak tahu lah kalau kawan-kawan pernah melihat kes-kes sedemikian. Kalau ada pun, ada tak yang menetap terus di tempat mereka belajar itu? Jadi, aku melihat bahawa, orang-orang Jepun dapat membangun kerana sikap dan mentaliti mereka yang cukup bangga denga bangsa mereka sendiri. Mereka dapat hidup dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik,Tsunami, bentuk muka bumi berpulau, kepulauan yang berbukit-bukit, dll. (mungkin kawan-kawan boleh tolong senaraikan kot!) Tapi, Jepun merupakan sebuah negara yang mempunyai keupayaan dalam bidang Teknologi yang tertinggi boleh aku katakan. Sedangkan kita di Malaysia, dapatkah bangunan-bangunan di negara kita bertahan sekiranya gegaran gempa bumi berlaku? Dapatkah kita menahan hunjaman ombak tsunami sekali lagi? Adakah kita bersedia sekiranya tiba-tiba ada gunung berapi meletus di negara kita?
Itu baru kita timbulkan persoalan tentang bencana bumi yang datangnya daripada Allah. Belum lagi kita berbicara tentang ancaman-ancaman yang diciptakan manusia sendiri. Aku sendiri kengkadang tu terfikir jugak, di mana aku boleh mendapatkan ilmu untuk mengalami keadaan seperti itu? Aku terfikir semalam, kat mana aku boleh belajar untuk bermain pedang? Kalau ada kawan-kawan yang tahu tolong maklumkan pada aku.
Jadi kawan-kawan, mungkin kita boleh fikirkan bersama. Mungkin aku salah jadi aku pohon untuk diperbetulkan. Bukankah "orang-orang yang berpesan terhadap kebenaran dan orang-orang yang berpesan kepada kesabaran" itu adalah orang-orang yang untung?
1 comment:
aiya.. rahim.. tick ler kat word varification tu...
Post a Comment