"The meeting of two personalities is like the contract of two chemical substances: if there is any reaction, both are transformed."
Carl Jung (1875-1961)
Macam-macam perkara berlaku dalam tempoh tiga hari aku tak menulis. Banyak perkara sekitar berlaku yang membuatkan aku berfikir dan termenung tentang mengenali diri, mengenali Ilahi, mengenali duniawi.
Semalam aku hantar beberapa saintis ke Kempas di Johor. Alhamdulillah semuanya selamat walaupun keadaan cuaca di sepanjang perjalanan hujan. Pastu aku balik dalam sekitar pukul 5.30 ptg. Aku rehat, pegi PaRam(Pasar Ramadhan) dah dekat kul 6.45 ptg. Last-last aku buka puasa kat dalam kereta. Tapi perjalanan semalam memang menyeronokkan pasal first time aku drive gi Johor dan first time aku pijak tanah Johor. Dan yang paling tak percaya tu ialah aku pegi tu naik keta Naza Ria. Golongan pertengahan macam aku ni mana lah layak nak beli keta besar macam tu kan. So, dapat pandu pun cukup lah walaupun bukan hak milik sendiri kan. Alhamdulillah....
Aku sebenarnya nak bertanya pendapat kawan-kawan sekalian berkenaan dengan
Doa Berbuka Puasa. Berapa ramai yang tahu doa berbuka puasa? Betulkah doa yang kita selalu amalkan? Mengapa doa tu kita baca khusus untuk berbuka puasa? Aku sedikit keliru dengan persoalan ni. Seperti yang aku tahu doa tu berbunyi seperti ini (setakat pengetahuan aku yang daif ni la...)
"Allahumma laka suntu, wabika amantu, wala rezkika aftartu, birahmatika ya arhamarahimin"
Betulkah itu doa nya? Atau kawan-kawan ada doa yang lain untuk dikongsikan? Itu satu persoalan yang timbul dalam kepala otak aku la kan. Itu pun aku terfikir ketika aku sedang berbuka puasa kat Pizza Hut, Alamanda, Putrajaya hari Jumaat lepas. Masa kat situ, ramai orang sangat. Ada meja yang telah di tempah pun. Gempak jugak lah tengok orang Malaysia buka puasa kan. Semasa kat dalam restoran tu, aku tengok macam-macam perangai orang nak berbuka puasa dan gaya masing-masing. Aku ni bukanlah kata pandai menilik atau sebagainya, tapi melihat kepada kebanyakkan orang-orang yang makan di restoran tu adalah daripada golongan yang berduit dan golongan pertengahan seperti aku. Namun begitu, ketika sampai waktu berbuka (masa sungkai kata orang kampung aku), aku melihat bahawa tidak ramai orang yang mengamalkan doa berbuka puasa. Malah doa makan pun entah ke mana. Jadi aku terfikir, mengapa keadaan tersebut berlaku? Apakah kerana kurangnya didikan agama atau memang tidak menitikberatkan amalan berdoa? Ada satu kelompok remaja, duduk dekat benar dengan meja aku, masa sungkai tu, ada sorang budak dikalangan mereka pun bagitau mintak member dia baca doa, tapi takder sorang pun yang baca. Akhirnya, budak yang mula-mula yang minta tolong member dia baca doa tu, baca doa. Tapi baca doa makan la kan. So, dalam hati aku ni pun bertanya, mak bapak mereka ni tak ajar doa buka puasa ker? Atau aku sebenarnya yang tersalah anggap berkenaan dengan doa berbuka puasa ni? Sesiapa kawan-kawan yang tahu berkenaan tentang persoalan ni sila lah bagitahu.
Aku terdengar dalam radio Era pagi ini berkenaan dengan lagu negaraku yang berasal daripada lagu Maluma Moon (kalau aku tak silap eja). Pastu aku dengarlah dj putar lagu tu. Memang sebijik rentak dia sama dengan rentak lagu Negaraku yang kita selalu nyanyikan dan kita banggakan tu. Aku dapat tahu jer, aku terus tak puas hati dan rasa geram. Aku tak dapat bayangkan yang selama ini lagu yang kita hormati (bukan sanjungi) itu, sebenarnya berasal daripada sebuah lagu lama dalam bahasa inggeris dan pernah digunakan dalam sebuah filem Australia yang lama. Perkara tersebut berlaku sebelum kita merdeka lagi. Aku macam tak percaya tau! Lebih memanaskan aku lagi ialah, Ramli MS dalam tulisannya di akhbar (yang aku tak sempat baca) menyatakan bahawa rentak lagu itu pernah di"jazz"kan dalam sebuah festival jazz yang mana pemuzik tanah air turut hadir. Namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada dakwaan yang kukuh. Pemuzik antarabangsa tersebut boleh menyatakan bahawa dia sedang men'jazz'kan lagu Maluma Moon tersebut. Aisehmen... ini macam sudah bikin panas ging!
Aku memang rasa terkilan dan tak puas hati pasal lagu tu. Tiada identiti lagu langsung. Kalau lagu tiada identiti, macam mana kerajaan nak buat identiti bangsa yang unik? Mungkin persoalan pengaruh budaya luar dalam Malaysia terjawab. Kalau kerajaan sendiri mengambil/meniru bangsa lain, tidak mustahil rakyat lebih ambil mudah dalam mencedok budaya asing masuk ke dalam Malaysia. Pada pendapat aku, tukarkan terus lagu Negaraku. Biar bangsa kita mencipta lagu identitinya sendiri. Barulah kita boleh berdiri tegak untuk menghormatinya dan bukan sebuah lagu cedokan daripada lagu inggeris ala Hawaiian yang lama.
2 comments:
betol! Aku pun tergezut hyppo masa dengar full vers mamula moon... aduhhh.. terasa macam... isk.. tatau la nak cakap mcm mana.. dicedok dari lagu hawaii.. selama ni kite berdiri tegak menyanyikan lagu negaraku.. sedangkan dalam rentak yang sama, mesti orang hawaii tengah gelek2 dengan daun kelapa.. x boleh terima betol!
nak tambah comment doa bebuka.. alhamdulillah, setakat ni, aku baca doa sebelum makan. x kira la masa di rumah ke, di restoran ke.. teringat masa makan ngan ko dulu.. ko baca doa aku aminkan... ;) bile nak makan ni? eh raya dtg umah tau!
Post a Comment