Sunday, July 26, 2009

Kuhara Stallion Update

Assalamualaikum...

Procrastination is thief of time

Itu lah yang selalu kita dengar kan... tapi pernah ker ada orang ambik peduli dengan benda-benda macam tu. Hakikatnya aku ni suka berlengah ar... Procrastinator... hahaha.

Banyak entry tang sangkut-sangkut pasal tangguh nak sambung... sori ar bagi sapa2 yang baca blog aku ni... But i', trying my hard to change.. bit by bit...

Oh ya! aku nak cerita pasal latest info pasal Kuhara Stallion. 2009 adalah satu titik permulaan bagi generasi dan pencapaian baru bagi pasukan ragbi ni. Earlier in 2009, we got third place in the district level competition and few of our players was selected to represent Tawau District for state level and after that, 2 of them was selected to join the Sabah U18 Rugby Team to compete in National U18 Rugby Competition. What we most proud of is one of them was selected as best player and going to undertake the national training for National U18 Rugby Team. Hm... what an achievement.
Bagi junior team U14 Stallion, tahun ini merupakan tahun perkenalan dan pendedahan. 24 Julai 2009 yang lalu, Sabah Rugby Union bersama-sama IJM Plantation telah menganjurkan pertandingan ragbi 7 sebelah. Stallion telah menghantar pasukan junior untuk menimba pengalaman dan mempamerkan kualiti mereka setelah di latih lebih kurang beberapa bulan semenjak tahun lepas. Namun begitu, ternyata mereka masih kurang pengalaman yang telah menyebabkan mereka tewas di peringkat kumpulan.

Kalah lagi? ada pepatah bagitahu... kita tidak akan kalah selagi mana kita masih terus mencuba... so, Stallion... get up and learn from what we had went through in Sandakan... Tahun depan mari kita rempuh!!! hahahah....

Latihan akan disambung dan jadual latihan akan diperbaiki dengan memasukkan elemen2 latihan fizikal yang lebih baik. Bagi sesiapa yang berminat dengan ragbi... harap dapat memberi komen dan pandangan...

wassalam...

Saturday, July 11, 2009

Parliamentary English Debate Sabah State Level 2009

Assalamualaikum...

"The argument of intimidation is a confession of intellectual impotence"
-Ayn Rand-


Seronok dan penat. Exhausted yet joyful. That's the feeling I have rite now!

Me, and my students just finished the Parliamentary English Debate Sabah State Level at SMK Kota Marudu II, Kota Marudu.

This is my school team's second time in this english debate tournament. First one was last year. There were supposed 24 districts participated in this tournament but there were few districts did not sending their team, so it left only about 20 schools from 20 districts participated in that 5 rounds of debates.

Our team made it to the semi-final. (What an achievements for second timer). We'd lost to Beaufort team. But I think we'd put up a good fight for them. Nonetheless, we got a lot of more experiences especially to our debaters since some of them are still in form 2 & 3. We also met new people and made friends with them. (Nice to meet you Lizabeth, Papar)

Just want to thanks the hosting district and the hosting school for a wonderful hospitality. We enjoyed our stay there. Hope to see you again next year and be prepared for the next appearance of Tawau team. (Hopefully it's my school again).

I'll put all the debate scripts prepared for the debates in my next entry. Watch out for it!

Wednesday, June 24, 2009

Lelaki Hensem VS Tak Hensem

Kalau lelaki hensem pendiam Perempuan akan cakap: woow, ciri-ciri suami idaman…
Kalau lelaki tak hensem pendiam Perempuan akan cakap: eh kera sumbang betul....
Kalau lelaki hensem berbuat jahat Perempuan akan kata: mesti ada krisis dalaman nih…kesianKalau lelaki tak hensem berbuat jahat Perempuan akan cakap: dah la muka pecah pintu, perangai pulak macam sial…
Kalau lelaki hensem menolong perempuan lawa yang diganggu Perempuan akan cakap: oh hero ku…!
Kalau lelaki tak hensem menolong perempuan lawa yang diganggu Perempuan akan kata: taktik nak ngorat le tu…
Kalau lelaki hensem dapat perempuan lawa Perempuan akan kata: wah...bagai pinang dibelah dua.
Kalau lelaki tak hensem dapat perempuan lawa Perempuan akan kata: kesian.. mesti kena mandrem pompoan tu kan kan kan, bagaikan pinang digelek steamroll gitu....huhuhuhu
Kalau lelaki hensem ditinggal kekasih Perempuan akan kata: apa ke mangkuk minah tu, jantan sikit punya hensem per...
Kalau lelaki tak hensem ditinggal kekasih Perempuan akan kata:… muka pecah rumah....patut pun kena reject…
Kalau lelaki hensem penyayang binatang Perempuan akan cakap: perasaannya halus… penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak hensem penyayang binatang Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…
Kalau lelaki hensem tak mau bergambar Perempuan akan cakap: pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak hensem tak mau bergambar Perempuan akan kata: sedar pun diri…
Kalau lelaki hensem menuang air ke gelas perempuan Perempuan akan cakap: ohhhh... sungguh gentleman dia...
Kalau lelaki tak hensem menuang air ke gelas lelaki Perempuan akan cakap: nak tunjuk gentleman le tu….
Kalau lelaki hensem bersedih hati dan mengadu nasib Perempuan akan cakap: dont worry.. I will make u happy forever
Kalau lelaki tak hensem bersedih hati dan mengadu nasib Perempuan akan kata: mengada-ngada. .. hidung tak mancung, pipi sorong2 pulak...
Kalau lelaki hensem hantar-hantar email Perempuan akan kata: sukenya….
Kalau tak hensem hantar-hantar email Perempuan akan cakap: balik-balik email dia… boring betul...dasar jantan miang keladi... pirahhhhhhhhh ingat dia tu hensem ker.....

Tuesday, June 23, 2009

Peperiksaan oh Peperiksaan Part 1...

Assalamualaikum...

Bagaimana agaknya hari-hari kita boleh menjadi sangat sibuk? Semua orang mesti pernah rasa sibuk sepanjang hari dan akhirnya penat dan hilangkan penat di atas segumpalan span yang empuk....

Tapi apa yang berlaku dalam beberapa hari ini adalah kesibukan yang amat ketara sekali dalam kehidupan aku. Rasanya macam terlalu banyak unfinished bussinesses. Ayoyoyo! Kerjaya sebagai pendidik menjadikan kehidupan aku amat sibuk sekali. Terbaru sekali aku sibuk dengan markah peperiksaan pelajar-pelajar.

Peperiksaan adalah satu proses yang amat ringkas secara lahiriah tetapi amat kompleks secara kronologi. Biar aku cerita sedikit proses peperiksaan berlaku.

Pada awalnya, pentadbiran sekolah akan menentukan satu tarikh yang bersesuaian untuk mengadakan peperiksaan. Terkini sekali, peperiksaan di seluruh sekolah di Malaysia perlulah diadakan pada penghujung semester. Bagi sekolah tempat aku mengajar sendiri, arahan tersebut dipatuhi sepenuhnya dan peperiksaan dijalankan sehingga hari terakhir dalam semester tersebut. Hebat betul pendidik yang mengatur jadual tu....

Kemudian, bermulalah tugas pendidik-pendidik yang lainnya untuk menyediakan kertas soalan peperiksaan. Terdapat rangka dan garis panduan yang khusus untuk menyediakan kertas peperiksaan di Malaysia. Kertas hendaklah berpandukan kepada format peperiksaan umum (PMR, SPM & STPM) yang sebenar supaya mendedahkan pelajar dengan format tersebut. Kertas soalan juga mestilah disediakan berdasarkan format 5,3,2 iaitu 50% soalan peringkat mudah, 30% soalan peringkat pertengahan dan 20% soalan peringkat susah. Peringkat-peringkat soalan ini pula ditentukan tahap kesusahannya berdasarkan Bloom's Taxonomy. Maka dengan perkiraan dan table of specification yang telah disediakan, maka pendidik-pendidik akan menyediakan soalan.

Di sekolah tempat aku mengajar (dan beberapa sekolah lain yang aku ketahui), set soalan yang telah disediakan mestilah diperiksa oleh ketua panitia (Head Panel) mata pelajaran terlebih dahulu. Setelah diperiksa dan diluluskan, set soalan tersebut akan diperiksa sekali lagi oleh Ketua Bidang (Head of Department) mata pelajaran untuk disahkan.

Setelah melalui pemeriksaan kualiti tersebut, maka set soalan akan dihantar untuk cetakan. Proses percetakan akan dilaksanakan oleh kerani yang telah ditugaskan khas. Setelah siap dicetak, kertas soalan tersebut perlu dikepilkan (compile) bersama. Ini adalah disebabkan oleh kerani pencetak hanya akan mencetak dan tidak akan mengkepilkan kertas soalan tersebut. Lebih banyak mukasurat set soalan tersebut dan lebih banyak pelajar dalam tingkatan tersebut, maka proses mengkepil ini akan mengambil masa yang lebih lama.

Setelah dikepilkan set-set soalan tersebut, kemudiannya set-set soalan tersebut perlu dibahagikan kepada kelas-kelas yang ada di tingkatan tersebut. Pada kebiasaannya, pendidik akan menyediakan set soalan yang lebih berbanding dengan jumlah pelajar dalam kelas tersebut untuk mempastikan set soalan adalah cukup sekiranya ada ralat berlaku (salah cetak, mukasurat kosong, dsb.) pada set soalan. Set soalan juga akan dicetak lebih untuk diberikan kepada ketua panitia dan ketua bidang untuk simpanan dalam bank soalan.

(bersambung...)

Thursday, June 18, 2009

Tengah Malam...

Assalamualaikum...

Tengah malam dah ni. Tapi masih tak leh nak tido. Tak tau pasal per.. Baru balik dari main badminton (tak der la tere sangat pun). Biasa la.... aktiviti setiap isnin, rabu dan jumaat malam main badminton bersama rakan-rakan. Kena bersenam gak beb!

Tapi yang nak cerita nya ni ialah pasal tengah malam... apa ada kat tengah malam? huruf 'L' la.... heheh... tak der la... tgh2 malam macam ni rasa macam2 pun ada.... (macam astro plak) tapi ntah la... aku suka lepak2 tgh malam... apatah lagi depan komputer ni kan... surf internet malam2... laju gak pasal traffic tak der congested sangat malam2 macam ni.

Tapi yang pastinya... tgh malam macam ni memang akan menyebabkan satu perasaan yang lain. Masa macam ni la... peluang nak muhasabah kan diri.... peluang tuk berangan-angan... peluang tuk gayut cintan2 (tuk yang bercintan la)... peluang tuk memperkasakan ilmu (tuk yang amal ilmu2 batin).... peluang tuk buat assignment yang belambak (tuk budak2 universtiti)... peluang tuk main game.... macam2 ar...

Kalau duk sorang2 tgh2 malam pun agak best gak.... apatah lagi kalau masa berkhemah kan... boleh buat star gazing activity.... siapa2 yang minat astronomi tu... masa macam ni la nak tgk bintang2... taik bintang dan macam2 lagi la kat langit Allah yang luas tu...

Hakikatnya.... tgh malam memang membawa seribu pengertian dan makna... bagi aku... ini lah masanya kita lari daripada kesibukan harian dan merenung kembali bagaimana bumi ini bermula.... semuanya daripada kegelapan... ingat ataupun tidak... bumi ini dahulunya gelap tanpa ada lampu2. Bagaimana manusia menjadikan bumi ini macam hari ini.... kita kena lihat balik sejarah kemajuan peradaban tamadun manusia... yang aku rasa semakin lama semakin hanyut dalam arus kemewahan dunia sehingga lupa asal usulnya. Kalau tak ada kemajuan.... apa akan jadi dengan manusia dan bumi ini? Gelap.... segelap tgh2 malam macam ni....

Aku selalu ingat kata-kata seorang fellow masa aku belajar dulu.... dan aku pasti dia pun dapat dari orang lain gak kot.. siapa pencetusnya... tak tau la kan... tapi aku nak kongsi ngan semua orang.... dia cakap....

"Bila merenung bintang di langit, janganlah lupa rumput di bumi"

dan kata2 itu aku pegang sampai hari ini... kerana sesungguhnya... kita harus sentiasa berpijak di bumi yang nyata... Wallahu Alam.....