Assalamualaikum...
Tengah malam dah ni. Tapi masih tak leh nak tido. Tak tau pasal per.. Baru balik dari main badminton (tak der la tere sangat pun). Biasa la.... aktiviti setiap isnin, rabu dan jumaat malam main badminton bersama rakan-rakan. Kena bersenam gak beb!
Tapi yang nak cerita nya ni ialah pasal tengah malam... apa ada kat tengah malam? huruf 'L' la.... heheh... tak der la... tgh2 malam macam ni rasa macam2 pun ada.... (macam astro plak) tapi ntah la... aku suka lepak2 tgh malam... apatah lagi depan komputer ni kan... surf internet malam2... laju gak pasal traffic tak der congested sangat malam2 macam ni.
Tapi yang pastinya... tgh malam macam ni memang akan menyebabkan satu perasaan yang lain. Masa macam ni la... peluang nak muhasabah kan diri.... peluang tuk berangan-angan... peluang tuk gayut cintan2 (tuk yang bercintan la)... peluang tuk memperkasakan ilmu (tuk yang amal ilmu2 batin).... peluang tuk buat assignment yang belambak (tuk budak2 universtiti)... peluang tuk main game.... macam2 ar...
Kalau duk sorang2 tgh2 malam pun agak best gak.... apatah lagi kalau masa berkhemah kan... boleh buat star gazing activity.... siapa2 yang minat astronomi tu... masa macam ni la nak tgk bintang2... taik bintang dan macam2 lagi la kat langit Allah yang luas tu...
Hakikatnya.... tgh malam memang membawa seribu pengertian dan makna... bagi aku... ini lah masanya kita lari daripada kesibukan harian dan merenung kembali bagaimana bumi ini bermula.... semuanya daripada kegelapan... ingat ataupun tidak... bumi ini dahulunya gelap tanpa ada lampu2. Bagaimana manusia menjadikan bumi ini macam hari ini.... kita kena lihat balik sejarah kemajuan peradaban tamadun manusia... yang aku rasa semakin lama semakin hanyut dalam arus kemewahan dunia sehingga lupa asal usulnya. Kalau tak ada kemajuan.... apa akan jadi dengan manusia dan bumi ini? Gelap.... segelap tgh2 malam macam ni....
Aku selalu ingat kata-kata seorang fellow masa aku belajar dulu.... dan aku pasti dia pun dapat dari orang lain gak kot.. siapa pencetusnya... tak tau la kan... tapi aku nak kongsi ngan semua orang.... dia cakap....
"Bila merenung bintang di langit, janganlah lupa rumput di bumi"
dan kata2 itu aku pegang sampai hari ini... kerana sesungguhnya... kita harus sentiasa berpijak di bumi yang nyata... Wallahu Alam.....
No comments:
Post a Comment