Assalamualaikum...
Bagaimana agaknya hari-hari kita boleh menjadi sangat sibuk? Semua orang mesti pernah rasa sibuk sepanjang hari dan akhirnya penat dan hilangkan penat di atas segumpalan span yang empuk....
Tapi apa yang berlaku dalam beberapa hari ini adalah kesibukan yang amat ketara sekali dalam kehidupan aku. Rasanya macam terlalu banyak unfinished bussinesses. Ayoyoyo! Kerjaya sebagai pendidik menjadikan kehidupan aku amat sibuk sekali. Terbaru sekali aku sibuk dengan markah peperiksaan pelajar-pelajar.
Peperiksaan adalah satu proses yang amat ringkas secara lahiriah tetapi amat kompleks secara kronologi. Biar aku cerita sedikit proses peperiksaan berlaku.
Pada awalnya, pentadbiran sekolah akan menentukan satu tarikh yang bersesuaian untuk mengadakan peperiksaan. Terkini sekali, peperiksaan di seluruh sekolah di Malaysia perlulah diadakan pada penghujung semester. Bagi sekolah tempat aku mengajar sendiri, arahan tersebut dipatuhi sepenuhnya dan peperiksaan dijalankan sehingga hari terakhir dalam semester tersebut. Hebat betul pendidik yang mengatur jadual tu....
Kemudian, bermulalah tugas pendidik-pendidik yang lainnya untuk menyediakan kertas soalan peperiksaan. Terdapat rangka dan garis panduan yang khusus untuk menyediakan kertas peperiksaan di Malaysia. Kertas hendaklah berpandukan kepada format peperiksaan umum (PMR, SPM & STPM) yang sebenar supaya mendedahkan pelajar dengan format tersebut. Kertas soalan juga mestilah disediakan berdasarkan format 5,3,2 iaitu 50% soalan peringkat mudah, 30% soalan peringkat pertengahan dan 20% soalan peringkat susah. Peringkat-peringkat soalan ini pula ditentukan tahap kesusahannya berdasarkan Bloom's Taxonomy. Maka dengan perkiraan dan table of specification yang telah disediakan, maka pendidik-pendidik akan menyediakan soalan.
Di sekolah tempat aku mengajar (dan beberapa sekolah lain yang aku ketahui), set soalan yang telah disediakan mestilah diperiksa oleh ketua panitia (Head Panel) mata pelajaran terlebih dahulu. Setelah diperiksa dan diluluskan, set soalan tersebut akan diperiksa sekali lagi oleh Ketua Bidang (Head of Department) mata pelajaran untuk disahkan.
Setelah melalui pemeriksaan kualiti tersebut, maka set soalan akan dihantar untuk cetakan. Proses percetakan akan dilaksanakan oleh kerani yang telah ditugaskan khas. Setelah siap dicetak, kertas soalan tersebut perlu dikepilkan (compile) bersama. Ini adalah disebabkan oleh kerani pencetak hanya akan mencetak dan tidak akan mengkepilkan kertas soalan tersebut. Lebih banyak mukasurat set soalan tersebut dan lebih banyak pelajar dalam tingkatan tersebut, maka proses mengkepil ini akan mengambil masa yang lebih lama.
Setelah dikepilkan set-set soalan tersebut, kemudiannya set-set soalan tersebut perlu dibahagikan kepada kelas-kelas yang ada di tingkatan tersebut. Pada kebiasaannya, pendidik akan menyediakan set soalan yang lebih berbanding dengan jumlah pelajar dalam kelas tersebut untuk mempastikan set soalan adalah cukup sekiranya ada ralat berlaku (salah cetak, mukasurat kosong, dsb.) pada set soalan. Set soalan juga akan dicetak lebih untuk diberikan kepada ketua panitia dan ketua bidang untuk simpanan dalam bank soalan.
(bersambung...)
No comments:
Post a Comment