Thursday, November 16, 2006

Penat

Assalamualaikum...

Tempat kerja aku baru sahaja melepasi satu lagi peringkat dalam menuju ke arah pensijilan MS ISO 9001:2000 iaitu audit pra-kepatuhan. Semenjak daripada lepas raya hari tu, hinggalah ke hari ni, aku rasa tak sempat nak rehat. Hari ni lepas main ping-pong dua tiga das, barulah terasa betapa letih dan penatnya badan. Alhamdulillah, penat lelah tu berbaloi. Dan aku rasa kawan-kawan pejabat aku pun berpuas hati dengan perjalanan sepanjang audit berlangsung.

Namun begitu, itu bukanlah pengakhir kepada tugas-tugas aku. Dengan report yang akan diterima selepas audit tersebut, maka aku selaku orang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan sistem pengurusan kualiti tempat aku kerja ni, kena lah bertindak dengan sepatutnya. itu bermaksud, nampaknya penat lagi lah aku lepas ni. Tapi disebalik kepenatan tersebut, aku merasakan kegembiraan dan bangga dengan diri ku sendiri. Dengan hasil titik peluh, tak tidur malam, makan tak terurus dan pelbagai lagi corak penderitaan, aku gembira melihat aku berjaya mengumpulkan semua orang dalam Fakulti ni dalam satu majlis yang bermakna. Lebih daripada itu, aku rasa bangga melihat senyuman dan kegembiraan yang terpancar di wajah mereka. Wow!

Selain daripada penat bekerja, aku memang tak sempat nak buat benda lain (kecuali ping-pong). Rumah tu dah kira macam tempat aku mandi dan tukar baju jer. Selain daripada tu, bilik empat segi inilah yang menjadi saksi segala macam perangai aku semasa tidur. Aku tak dapat gambarkan perasaan gembira dan lega yang terbuku dalam hati.

Yang pastinya, esok aku akan berjalan dalam platform dan misi yang lebih tinggi. Dan aku pasti, cabaran ini akan menjadi aku lebih matang dan bijak dalam menangani masalah dan situasi. Benarlah kata orang bijak pandai bahawa masalah dan cabaran itu akan mematangkan dan menjadi kita lebih dewasa.

Semoga kawan-kawan akan turut sama mengalami keadaan yang sama. Jadikanlah kehidupan harian kita lebih bermakna kerana kelmarin hanya mimpi, esok belum pasti tapi hari ini adalah kehidupan.

Thursday, October 19, 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum...

Syawal bakal menjelma lagi. Bersyukur kita kepada Allah yang Maha Esa kerana masih dikurniakan nyawa untuk terus menikmati bulan syawal yang istimewa.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada ofis-mate (kak eliz, zarina, mun, lokman, fit, radzi, zaidi, kak izan, en. mus, en. din, kak su, en, ramli, kak kufa, fadhil, kak ina, kak iti, dalila, kak rose, hidayah, kak sal, saiful, ijui, sani, en. hairi, napi, hafiz, fairos, khairul, epiz, kak awin, saadah, kak pah, nor meow, mus, maru) dan semua warga fakulti yang tak sempat nak tulis. Juga tak lupa kepada ex-ofis-mate (en. aris, dahlan, haniff, jambam, kak shu) . Juga kepada semua sahabat-sahabat lama dari SKBDT, SMSP, KIK, UPM, budak-budak Amphivian KTDI dan semua pembaca-pembaca blog sekalian.

Thursday, October 12, 2006

Don't You Cry My Angel

Don't Cry
Guns n Roses
----------



Talk to me softly
There's something in your eyes
Don't hang your head in sorrow
And please don't cry
I know how you feel inside I've
I've been there before
Somethin's changin' inside you
And don't you know

Don't you cry tonight
I still love you baby
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight

Give me a whisper
And give me a sigh
Give me a kiss before you
tell me goodbye
Don't you take it so hard now
And please don't take it so bad
I'll still be thinkin' of you
And the times we had...baby

And don't you cry tonight
Don't you cry tonight
Don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry tonight

And please remember that I never lied
And please remember
how I felt inside now honey
You gotta make it your own way
But you'll be alright now sugar
You'll feel better tomorrow
Come the morning light now baby

And don't you cry tonight
An don't you cry tonight
An don't you cry tonight
There's a heaven above you baby
And don't you cry
Don't you ever cry
Don't you cry tonight
Baby maybe someday
Don't you cry
Don't you ever cry
Don't you cry

Wednesday, September 27, 2006

Orang Yang Kita Cinta, Orang Yang Kita Suka

Di hadapan orang yang kita cinta,
Hati akan berdegup kencang...
Di hadapan orang yang kita suka,
Hati kita akan gembira...

Di hadapan orang yang kita cinta,
Musim sentiasa berbunga-bunga...
Di hadapan orang yang kita suka,
Musim itu cuma berangin sahaja...

Jikalau kita lihat ke dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...

Di depan orang yang kita cinta,
Lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
Lidah petah pula berbicara...

Di depan orang yang kita cinta,
Kita jadi pemalu...
Di depan orang yang kita suka,
Kita tunjukkan imej sebenar...

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan membuat dia gembira...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Perasaan cinta bermula dari mata...
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jikalau kita berhenti menyukai orang yang kita suka
Umpama kita membuang telinga...
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berubah menjadi air mata...

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana masih memberikan kita kekuatan dan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini. Sedar tidak sedar, sudah setahun berlalu dan sudah setahun jugalah blog ini wujud menemani saya dan anda.

Mengimbas semula Ramadhan yang lalu, apakah kita telah berubah? Sudahkah kita bergraduat daripada kesesatan dan kemaksiatan yang lalu? Dapatkah kita memperbaiki diri dan kehidupan kita? Sudahkah kita menunaikan apa yang kita janjikan pada diri kita?

Ramadhan adalah bulan yang boleh diibaratkan sebagai sebuah universiti kehidupan sebenar manusia. Dalam bulan ini, kita banyak dididik dengan cara hidup yang paling berkualiti. Dalam bulan ini juga, kita paling mudah untuk menerima teguran dan didikan. Seharusnya, setelah berlalu Ramadhan, kita mestilah bergraduat dan membina hidup yang lebih sempurna. Itupun sekiranya kita benar-benar menghayati Ramadhan dan melaksanakan apa yang dikita sebutkan sebagai berpuasa. Maksudnya, jika sehabis Ramadhan ini kita masih berada pada takuk yang lama atau lebih suka saya sebutkan sebagai 'status quo', bermaksud, puasa kita masih belum cukup sifatnya, dan beriltizamlah untuk memperbaikinya pada Ramadhan yang akan datang.

Pada kesempatan Ramadhan ini juga, seharusnya kita banyakkan berdoa kepada Allah terutamanya untuk menguatkan iman kita, menguatkan fikiran kita, menguatkan fizikal kita dan terutama sekali mempertemukan kita dengan Ramadhan yang akan datang supaya kita dapat menebus kesilapan dan dosa-dosa yang pernah kita lakukan, sama ada yang kita sedari ataupun tidak. Dan berdoalah untuk kesejahteraan Muslim seluruh dunia. Doakanlah agar Islam kukuh dan dilindungi oleh Allah. Doakanlah agar musuh-musuh Islam terhapus daripada muka bumi ini.

Semoga sedikit kata-kata ini akan dapat membuka mata hati kita untuk memperbaiki diri dalam bulan Ramadhan yang datang hanya sekali dalam setahun. Jalanilah kehidupan sehari-harian seperti biasa, dan tambahkanlah amalan-amalan yang sepatutnya. Insya-Allah kita akan diberkati oleh-Nya.