Thursday, November 16, 2006

Penat

Assalamualaikum...

Tempat kerja aku baru sahaja melepasi satu lagi peringkat dalam menuju ke arah pensijilan MS ISO 9001:2000 iaitu audit pra-kepatuhan. Semenjak daripada lepas raya hari tu, hinggalah ke hari ni, aku rasa tak sempat nak rehat. Hari ni lepas main ping-pong dua tiga das, barulah terasa betapa letih dan penatnya badan. Alhamdulillah, penat lelah tu berbaloi. Dan aku rasa kawan-kawan pejabat aku pun berpuas hati dengan perjalanan sepanjang audit berlangsung.

Namun begitu, itu bukanlah pengakhir kepada tugas-tugas aku. Dengan report yang akan diterima selepas audit tersebut, maka aku selaku orang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan sistem pengurusan kualiti tempat aku kerja ni, kena lah bertindak dengan sepatutnya. itu bermaksud, nampaknya penat lagi lah aku lepas ni. Tapi disebalik kepenatan tersebut, aku merasakan kegembiraan dan bangga dengan diri ku sendiri. Dengan hasil titik peluh, tak tidur malam, makan tak terurus dan pelbagai lagi corak penderitaan, aku gembira melihat aku berjaya mengumpulkan semua orang dalam Fakulti ni dalam satu majlis yang bermakna. Lebih daripada itu, aku rasa bangga melihat senyuman dan kegembiraan yang terpancar di wajah mereka. Wow!

Selain daripada penat bekerja, aku memang tak sempat nak buat benda lain (kecuali ping-pong). Rumah tu dah kira macam tempat aku mandi dan tukar baju jer. Selain daripada tu, bilik empat segi inilah yang menjadi saksi segala macam perangai aku semasa tidur. Aku tak dapat gambarkan perasaan gembira dan lega yang terbuku dalam hati.

Yang pastinya, esok aku akan berjalan dalam platform dan misi yang lebih tinggi. Dan aku pasti, cabaran ini akan menjadi aku lebih matang dan bijak dalam menangani masalah dan situasi. Benarlah kata orang bijak pandai bahawa masalah dan cabaran itu akan mematangkan dan menjadi kita lebih dewasa.

Semoga kawan-kawan akan turut sama mengalami keadaan yang sama. Jadikanlah kehidupan harian kita lebih bermakna kerana kelmarin hanya mimpi, esok belum pasti tapi hari ini adalah kehidupan.

No comments: