Assalamualaikum,
8 - 16 Mac 2008 yang lalu merupakan cuti persekolahan pertengahan semester pertama bagi seluruh sekolah di Malaysia dan bermakna cuti jugalah untuk para pendidik seanteronya. Oleh yang demikian, bercuti juga lah aku gamaknya.

Perkembangan Kuhara Stallion
Aku tak nak cerita banyak pasal cuti aku tetapi nak cerita pasal perkembangan pasukan Kuhara Stallion. Sebelum cuti bermula, perlawanan persahabatan di antara Kuhara Stallion dan Kuhara Old Boys telah berlangsung dan keputusannya ialah....
Kuhara Stallion 1 - 10 Kuhara Old Boys
berdasarkan kepada jumlah "try" yang telah dilakukan. Namun kekalahan yang teruk ini tidak sedikit pun melunturkan semangat pemain malah ia telah menjadi pengajaran kepada mereka untuk berlatih lebih bersungguh-sungguh. Pada 6 Mac 2008, satu kursus asas ragbi telah diadakan di sekolah dan semua ahli Kuhara Stallion telah turun untuk mendapat ilmu secara teori tentang permainan ragbi. Semoga hasil kerjasama semua pihak ini akan memberikan pengetahuan dan seterusnya memangkinkan performance pemain di atas padang.
Cuti
Seperti orang lain jugak, aku gunakan kesempatan ini untuk berjumpa dengan isteri yang tercinta setelah dekat 3 bulan aku tinggalkan demi kerja. "Sayang, abang nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pasal luangkan masa untuk abang sepanjang seminggu. Terima kasih kerana masih menyayangi dan mencintai abang walaupun abang ni adakalanya melakukan kesilapan yang mengguris hati dan emosimu. Terima kasih kerana masih setia menyokong abang dalam kerja-kerja abang. Minta maaf sekiranya banyak salah yang abang lakukan. Satu perkara yang pasti, kau masih utuh bidadari dalam hatiku."
Kami habiskan masa bersama-sama, jalan-jalan cari barang ragbi, makan angin (sikit-sikitla) dan juga balik kampung jumpa mak ayah mertua aku. Seronok rasanya dapat tengok wajah orang-orang yang kita kasihi dan rindui. Tapi yang paling best sekali ialah dapat satu projek ambik gambar orang tunang kat Palong. Rezeki jangan ditolak. Lama dah tak ambik gambar orang ni. Lepas gian lah jugak. Walaupun tunang je... pose pun tak banyak sangat... ok jugak la. Gambar-gambar tu ada kat http://picasaweb.google.com/rafiza83. Boleh tengok kat sana ek!
Akhir sekali, semoga selepas cuti ni, semangat aku untuk meneruskan perjuangan akan membuak-buak dan meningkatkan lagi motivasi aku. Doakan yang terbaik untuk perjuangan itu, kerana doa keluarga dan kawan-kawan sekalian pasti akan membawa seribu makna dan membantu aku mencapai cita-cita itu akhirnya. Amiin.........

No comments:
Post a Comment