Monday, October 31, 2005

Selamat Hari Raya Aidlfitri


Assalamualaikum...

Lagi 3 - 4 hari lagi, umat Islam di Malaysia dan beberapa tempat lagi di dunia ni akan menyambut satu perayaan kemenangan yang paling besar iaitu perang melawan nafsu. Oleh yang demikian, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Semoga aidilfitri ahun ini akan memberikan lebih banyak makna kepada hidup kita. Tanpa kita sedari, setiap hari yang kita lalui sebenarnya memberikan satu pengalaman dalam hidup kita. Oleh yang demikian, hargailah setiap hari yang kita lalui. Begitu juga dengan Ramadhan dan Syawal yang akan kita lalui. Harapnya semua kawan-kawan akan bergembira bersama sanak saudara tercinta. Aku juga nak memohon sejuta kemaafan daripada En. Aris, En. Din, Kak Iti, Kak Sal, Fitry, Dahlan(Sontot), Zaidi(Stok), Kak Izan, Kak Xareena, Kak Eliz, Kak Awinz, Munirah, Kak Lin, Kak Ina, Kak Kufa, Fadhil, Kak Shue, Scott, Hazrin, Nasyar, Farah_Harlina, Azizie(ZieBo), Yance, Miedah, Liza, Deebah, Awok, Moniza, Mag, Azrul(Chir), Fairuz(Juih), Paan, Oden, Pili, Butat, Raj, Mimie, Kak Yani, Jen-jen, Emelyn, Fazli, Mus, Farid, Syuk, Ecah, Afdlin(master of kodok), Ayien, Pn. Raihan dan semua orang yang tak dapat aku senaraikan sekiranya ada perkataan dan perbuatan yang tidak sedap didengar dan tidak sedap di pandang. Semoga aidilfitri ini kita membuka lembaran baru dalam sejarah kehidupan kita.

Aku akan bercuti mulai hari esok. Ini bermaksud, blog ini juga akan berehat buat sementara waktu ini sehingga ke hari mingu yang seterusnya. Insya-Allah aku akan selitkan gambar-gambar menarik sepanjang Syawal selepas ini.

Thursday, October 20, 2005

Cantik atau Indah?

"I wasted time, and now doth time wast me"
William Shakespearre
Assalamualaikum...

2 hari ni aku telah pun bertugas untuk menjadi pemandu sekali lagi. Tapi kali ni assignment aku lebih mencabar dan menarik daripada hari tu gi kempas dan ada beberapa peristiwa lain yang berlaku.

Takziah

Dipetik dari CNN

Aku nak mengucapkan takziah kepada YAB Perdana Menteri Malaysia atas pemergian isteri beliau pada 20 Oktober 2005 bersamaan 16 Ramadhan 1426. Semoga beliau dapat menempuhi kehidupan yang pastinya akan lebih mencabar pada masa akan datang. Juga marilah kita sama-sama berdoa agar roh "first lady of Malaysia" dicucuri rahmat dan berada dalam keadaan tenang dan selamat. Al-Fatihah...

Lawatan ke Tapak Pelupusan Sampah dan Kilang Kelapa Sawit

Seperti yang aku maklumkan kat atas tadi, aku ditugaskan menjadi pemandu untuk tugasan ni. 2 hari yang berbeza sebenarnya, tapi pengalaman yang cukup menarik. Pertama sekali lawatan ke tapak pelupusan sampah yang bertempat di Seri Kembangan. Rasanya dah lama dah aku terdengar berkenaan tempat ni tapi tak pernah ambil peduli pun. Akhirnya, mungkin di takdirkan aku sampai jugak ke tempat tu. Bertempat di sebuah kawasan yang agak jauh dari pandangan orang, berkeluasan sekitar 42-43 hektar (seingat aku mengikut maklumat daripada orang yang aku bawa). Kawasan ni telah pun dibangunkan menjadi salah sebuah tapak pelupusan sampah di Selangor selain daripada satu lagi tapak pelupusan sampah yang terletak di Bukit Sagar. Tapak ni menempatkan semua sampah-sampah di seluruh negeri Selangor dan sekitar kawasan Lembah Kelang kecuali Kuala Lumpur.

Dan satu pemandangan yang tak pernah aku bayangkan ialah, kawasan tapak pelupusan tu sekarang ni dah tinggi macam bukit kat sebelah tapak kawasan tu. Wow! banyaknya sampah... Sepengetahuan saya, seorang rakyat Malaysia membuang sampah sebanyak 2 kilogram sehari secara purata. Mana taknya menimbun macam bukit. Dalam kepala otak aku ni berkata "Banyaknya sampah masyarakat". Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang perkara ini, namun itulah hakikatnya dan itu adalah masalah sampah yang di buang secara betul, belum lagi isu sampah di dalam sungai Kelang dan Sungai Gombak tu. Namun begitu aku kagum jugak, pasal aku tak sangka ada orang yang mendapat keuntungan dan menjana rezeki daripada sampah yang kita buang hari-hari. Aku cukup salute dengan syarikat yang mengendalikan tapak pelupusan sampah tu. Kalau sebelum ni kita selalu dengar "monkey business" tapi kali ni aku lihat depan mata aku sendiri "rubbish business".

Kita lupakan pasal sampah dan aku nak cerita pasal lawatan ke kilang kelapa sawit plak. Aku memang pernah kerja kait kelapa sawit ni. So, tak heran sangat lah dengan buah kelapa sawit dan proses nak menjadikannya minyak pasal aku study jugak dulu pasal penghasilan minyak sawit ni. Tapi tak pernah nak datang ke kilang kelapa sawit sehinggalah hari tu. Adakah kawan-kawan tahu keadaan kelapa sawit tu sebelum ianya diproses, kemudian kita gunakan untuk memasak, kemudian masakan itu kita makan dan masuk menjadi daging tubuh? Kagum! itu sahaja yang mampu aku lahirkan dalam hati bila aku nampak kilang tu. Banyak tu buah kelapa sawit. Tapi apa yang aku nak ceritakan ialah hampas buah kelapa sawit tu. Pernah bayangkan tak betapa banyaknya hampas buah kelapa sawit yang terhasil untuk menghasilkan minyak? Tinggi longgokan hampas tu dah sama tinggi dengan jentolak yang tolak hampas tu untuk dikumpulkan. Banyak siut. Aku tak tahu la pulak mana diorang nak letak benda tu lepas digunakan ataupun ia digunakan untuk apa. Tapi memang banyak la.... Lepas tu, apabila tandan kelapa sawit tu dipanaskan untuk meleraikan buah dia, akan terhasil sejenis cecair yang kotor yang mana akan dikumbah dekat dengan kilang tu jugak. Bau dia aku tak payah ceritakan lah... kang korang tak leh nak makan plak kan. Ada tiga buah tangki tapisan dan itupun belum menghasilkan air yang bersih untuk dibuang ke sungai. Tapi buang jugak.

Apa yang aku nak ceritakan sebenarnya ialah, Mengapa pembangunan yang kita kecapi mesti mempengaruhi alam sekitar? Satu persoalan yang cukup besar dalam otak aku sepanjang aku berada di dua-dua kawasan tu.Kita hidup dalam keadaan yang selesa dan penuh dengan kesenangan dan kemudahan. Namun di sebalik kenikmatan yang kita kecapi itu, tanpa kita sedari, kita meninggalkan kesan kepada alam sekitar kita. Mujurlah ada insan-insan yang masih menghargai alam sekitar kita dan terus membuat kajian bagaimana untuk mengurangkan kesan pembangunan kepada alam sekitar. Cerita ni aku tulis sekadar untuk memberi sedikit kesedaran dan keinsafan kepada diri aku dan kawan-kawan supaya kita setidak-tidaknya dapat memainkan peranan dalam preserving our environment walau pun kecil. Bumi kita hanya ada satu, dan ia telah tua. Sama-samalah kita menjaganya.

Lawatan ke Nursery Orkid
Beberapa hari yang lalu juga aku telah pergi ke sebuah nursery atau tapak semaian orkid di Rawang. Yang ni lagi kagum aku. Subhanallah. Cantik dan damai jer tempat tu. Iya la, kita ni tinggal di kawasan batu-batuan. Tiba-tiba masuk ke kawasan yang dipenuhi dengan bunga-bungaan memang menyeronokkan dan melahirkan rasa yang jarang ada dalam jiwa. Pergh..!! Secara singkatnya aku boleh katakan memang menyeronokkan. Menurut orang yang aku bawa tu, dia kata, kat nursery tu memang ada bermacam-macam bunga orkid termasuklah beberapa jenis orkid yang sangat berharga yang mungkin susah nak dijumpai di nursery lain. Yang buat aku terkejut tu, ada bunga orkid yang boleh mencapai harga RM 3,000.00. Wow! Ia adalah sejenis orkid liar yang jarang ditemui yang istimewanya ialah ianya berwarna cantik dan mempunyai bau yang harum. Kalau kawan-kawan rasa nak pegi tengok atau nak beli orkid, boleh la datang ke situ. Kepada penggila-penggila orkid memang tak tahan kalau datang sini. Macam-macam warna dan bentuk. Tapi kebanyakkannya ialah jenis kacukan atau hybrid species. Kesimpulan yang aku buat ialah "hasil kacukan memang adalah yang terbaik".

Monday, October 17, 2005

Bagaimana Hari Ini?

"The meeting of two personalities is like the contract of two chemical substances: if there is any reaction, both are transformed."
Carl Jung (1875-1961)

Assalamualaikum...

Macam-macam perkara berlaku dalam tempoh tiga hari aku tak menulis. Banyak perkara sekitar berlaku yang membuatkan aku berfikir dan termenung tentang mengenali diri, mengenali Ilahi, mengenali duniawi.

Perjalan Ke Kempas

Semalam aku hantar beberapa saintis ke Kempas di Johor. Alhamdulillah semuanya selamat walaupun keadaan cuaca di sepanjang perjalanan hujan. Pastu aku balik dalam sekitar pukul 5.30 ptg. Aku rehat, pegi PaRam(Pasar Ramadhan) dah dekat kul 6.45 ptg. Last-last aku buka puasa kat dalam kereta. Tapi perjalanan semalam memang menyeronokkan pasal first time aku drive gi Johor dan first time aku pijak tanah Johor. Dan yang paling tak percaya tu ialah aku pegi tu naik keta Naza Ria. Golongan pertengahan macam aku ni mana lah layak nak beli keta besar macam tu kan. So, dapat pandu pun cukup lah walaupun bukan hak milik sendiri kan. Alhamdulillah....

Doa Berbuka Puasa

Aku sebenarnya nak bertanya pendapat kawan-kawan sekalian berkenaan dengan Doa Berbuka Puasa. Berapa ramai yang tahu doa berbuka puasa? Betulkah doa yang kita selalu amalkan? Mengapa doa tu kita baca khusus untuk berbuka puasa? Aku sedikit keliru dengan persoalan ni. Seperti yang aku tahu doa tu berbunyi seperti ini (setakat pengetahuan aku yang daif ni la...)

"Allahumma laka suntu, wabika amantu, wala rezkika aftartu, birahmatika ya arhamarahimin"

(maaf tulis dalam rumi)

Betulkah itu doa nya? Atau kawan-kawan ada doa yang lain untuk dikongsikan? Itu satu persoalan yang timbul dalam kepala otak aku la kan. Itu pun aku terfikir ketika aku sedang berbuka puasa kat Pizza Hut, Alamanda, Putrajaya hari Jumaat lepas. Masa kat situ, ramai orang sangat. Ada meja yang telah di tempah pun. Gempak jugak lah tengok orang Malaysia buka puasa kan. Semasa kat dalam restoran tu, aku tengok macam-macam perangai orang nak berbuka puasa dan gaya masing-masing. Aku ni bukanlah kata pandai menilik atau sebagainya, tapi melihat kepada kebanyakkan orang-orang yang makan di restoran tu adalah daripada golongan yang berduit dan golongan pertengahan seperti aku. Namun begitu, ketika sampai waktu berbuka (masa sungkai kata orang kampung aku), aku melihat bahawa tidak ramai orang yang mengamalkan doa berbuka puasa. Malah doa makan pun entah ke mana. Jadi aku terfikir, mengapa keadaan tersebut berlaku? Apakah kerana kurangnya didikan agama atau memang tidak menitikberatkan amalan berdoa? Ada satu kelompok remaja, duduk dekat benar dengan meja aku, masa sungkai tu, ada sorang budak dikalangan mereka pun bagitau mintak member dia baca doa, tapi takder sorang pun yang baca. Akhirnya, budak yang mula-mula yang minta tolong member dia baca doa tu, baca doa. Tapi baca doa makan la kan. So, dalam hati aku ni pun bertanya, mak bapak mereka ni tak ajar doa buka puasa ker? Atau aku sebenarnya yang tersalah anggap berkenaan dengan doa berbuka puasa ni? Sesiapa kawan-kawan yang tahu berkenaan tentang persoalan ni sila lah bagitahu.

Lagu Negaraku

Aku terdengar dalam radio Era pagi ini berkenaan dengan lagu negaraku yang berasal daripada lagu Maluma Moon (kalau aku tak silap eja). Pastu aku dengarlah dj putar lagu tu. Memang sebijik rentak dia sama dengan rentak lagu Negaraku yang kita selalu nyanyikan dan kita banggakan tu. Aku dapat tahu jer, aku terus tak puas hati dan rasa geram. Aku tak dapat bayangkan yang selama ini lagu yang kita hormati (bukan sanjungi) itu, sebenarnya berasal daripada sebuah lagu lama dalam bahasa inggeris dan pernah digunakan dalam sebuah filem Australia yang lama. Perkara tersebut berlaku sebelum kita merdeka lagi. Aku macam tak percaya tau! Lebih memanaskan aku lagi ialah, Ramli MS dalam tulisannya di akhbar (yang aku tak sempat baca) menyatakan bahawa rentak lagu itu pernah di"jazz"kan dalam sebuah festival jazz yang mana pemuzik tanah air turut hadir. Namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada dakwaan yang kukuh. Pemuzik antarabangsa tersebut boleh menyatakan bahawa dia sedang men'jazz'kan lagu Maluma Moon tersebut. Aisehmen... ini macam sudah bikin panas ging!
Aku memang rasa terkilan dan tak puas hati pasal lagu tu. Tiada identiti lagu langsung. Kalau lagu tiada identiti, macam mana kerajaan nak buat identiti bangsa yang unik? Mungkin persoalan pengaruh budaya luar dalam Malaysia terjawab. Kalau kerajaan sendiri mengambil/meniru bangsa lain, tidak mustahil rakyat lebih ambil mudah dalam mencedok budaya asing masuk ke dalam Malaysia. Pada pendapat aku, tukarkan terus lagu Negaraku. Biar bangsa kita mencipta lagu identitinya sendiri. Barulah kita boleh berdiri tegak untuk menghormatinya dan bukan sebuah lagu cedokan daripada lagu inggeris ala Hawaiian yang lama.

Thursday, October 13, 2005

Kinda Boring Day! Though...

Aloha!

Pada mulanya aku pun tak tahu nak tulis apa hari ni. Tapi akhirnya aku decide aku nak menetapkan topik ataupun hala tuju kepada blog yang aku tulis ni. Jadinya aku rasa selain daripada menceritakan kisah hidup aku seharian, aku akan memperkenalkan semua orang-orang yang terlibat dalam kehidupan harian aku. Terutamanya, kawan-kawan di pejabat, di luar dan kawan-kawan lama tak jumpa dengan harapan diorang ni pun akan ingat kat aku dan akan tahu bahawa aku sebenarnya menghargai mereka kerana mereka hadir dalam kehidupan aku dan serba sedikit mempengaruhi kehidupan aku.

Selain tu juga, aku rasa aku akan memasukkan hasil-hasil kreativiti aku macam puisi, sajak, cerpen, novel, grafik dan apa-apa yang aku buatlah... Insya-Allah.

So, hari ni berlalu seperti biasa. Takder benda yan menarik sangat hari ni. Cuma pagi-pagi lagi aku dah siapkan plan untuk hiaskan ofis ni dan masukkan beberapa batang pokok bunga la. Macam biasa juga lepas tu aku buat la apa-apa yang patut kan dalam ofis ni. Bukan takder kerja, ada kerja sebenarnya tapi otak jadi blank ataupun dalam bahasa senang yang korang senang paham ialah 'malas'. Malas ker? tak jugak. Tapi malas nak melaksanakan kerja yang sepatutnya. Kengkadang tu lagi suka kerja yang bukan sepatutnya kita buat. Contohnya angkat-angkat pokok tu la... sepatutnya tu kerja orang lain, aku tingal nak bagi arahan jer. Tapi... tu la, saja nak cari kerja kan.

Kerja aku? Kalau ikut kepada diskripsi tanggungjawab aku memang melambak kerja aku kena buat. Cuba korang bayangkan (bahaya main bayang-bayang kat bulan Ramadhan ni) kerja aku, ISO, P.A Sistem, Kenderaan, Papan Kenyataan, Stor, Kebersihan dan Keceriaan, dan yang paling baru sekali adalah aku kena buat Laporan Tahunan. Fuhh.... boleh tahan banyak jugak kerja aku tu. Masalahnya ialah pelbagai dan bukan dalam satu skop yang sama. So, kadang-kadang tu jadi biol kejap la kan. Biasa lah tu... orang lain pun ada banyak kerja macam aku jugak kan. So, takder alasan la kalau aku tak boleh nak buat semua perkara tu kan. Ala..... orang lain pun buat kerja lain gak kalau tengah bengang tul tak?

Pastu hari ni ada sekumpulan budak-budak sekolah datang buat lawatan kat tempat aku kerja ni. So, finally i can do something that i like to do iaitu ambik gambar. Aku memang suka ambik gambar ni. Dari dulu lagi aku minat Fotografi tapi entah macam mana aku boleh terjebak dengan komputer kan.... But, finally i became so bored coz' the student visitors are so boring! Membosankan ko tau tak? During the introduction, half of them were sleeping. During the Lab Visit they just talking among themselves. Ada jugak la yang bagus-bagus dengar cerita Mr. Chew tu kan... tapi bila tanya ada soalan ke tidak? semua senyap jer.... Nampak sangat tak reti apa-apa dan tak nak tahu apa-apa langsung. Aku kata bengap kang kata aku riak plak kan.... tapi lebih kurang macam tu la.... Aku tanya lepas ni korang gi mana? Diorang kata gi Putrajaya... Ohhhh..... Pegila Putrajaya tu... Tengoklah apa-apa yang patut kat sana....

Habis jer sesi lawatan tu terus diorang balik. Gambar-gambar yang aku ambik tu... Insya-Allah aku akan masukkan esok pasal tadi, kamera ni takder bateri so tak boleh nak transfer gambar dari kamera ke PC aku ni! Harapnya esok aku rajin la nak buat kerja tu. Hehehehe....

Tuesday, October 11, 2005

Mana perginya orang bijak kita?



Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni aku dapat datang ofis awal gak la walaupun aku terlewat gerak daripada rumah aku kan. Maklumlah, hujan lebat, sejuk, sedap tidur. Walaupun dalam bulan Ramadhan ni semua segala syaitan dah dibelenggu, tapi lepas Subuh tu tetap rasa macam kena selimut jer. Kat atas sejadah pun jadi gak lelap mata tu.

Pagi ni masa sahur aku hidupkan tv dan tengok satu rancangan tu. Semasa tengah makan dan dengar topik perbualan tu aku tertarik dengan satu isu berkenaan tentang ilmuwan, teknologi dan di mana mereka berada? Aku tertarik dengan seorang al-ustaz tu, dia kata lebih kurang, "Mengapa semua orang-orang yang bijak pandai kita keluar daripada negara kita?" Itu lebih kurang yang aku dengar la kan.. tapi daripada apa yang aku dengar tu aku terfikir, betul jugak tu. Mengapa semua orang bijak pandai kita pergi ke luar negara? Mungkin ada yang nak melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi. Mungkin la... tapi selepas itu, ke mana perginya mereka? Tidak pernah ada satu berita pun mengatakan bahawa anak-anak Melayu Malaysia yang pergi ke luar negara dan balik lalu memberi sumbangan besar kepada negara. Mengapa keadaan ini berlaku?

Cuba kita lihat apa yang berlaku di Jepun. Aku cukup suka berbicara tentang peradaban Ketamadunan Jepun ni. ORang-orang Jepun yang bijak-bijak tetap akan sentiasa berada di Jepun walaupun untuk melanjutkan pelajaran mereka. Ada tak pernah kita melihat orang-orang Jepun ke luar negara mereka untuk belajar teknologi? Sepengetahuan aku, tak pernah. Tak tahu lah kalau kawan-kawan pernah melihat kes-kes sedemikian. Kalau ada pun, ada tak yang menetap terus di tempat mereka belajar itu? Jadi, aku melihat bahawa, orang-orang Jepun dapat membangun kerana sikap dan mentaliti mereka yang cukup bangga denga bangsa mereka sendiri. Mereka dapat hidup dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik,Tsunami, bentuk muka bumi berpulau, kepulauan yang berbukit-bukit, dll. (mungkin kawan-kawan boleh tolong senaraikan kot!) Tapi, Jepun merupakan sebuah negara yang mempunyai keupayaan dalam bidang Teknologi yang tertinggi boleh aku katakan. Sedangkan kita di Malaysia, dapatkah bangunan-bangunan di negara kita bertahan sekiranya gegaran gempa bumi berlaku? Dapatkah kita menahan hunjaman ombak tsunami sekali lagi? Adakah kita bersedia sekiranya tiba-tiba ada gunung berapi meletus di negara kita?

Itu baru kita timbulkan persoalan tentang bencana bumi yang datangnya daripada Allah. Belum lagi kita berbicara tentang ancaman-ancaman yang diciptakan manusia sendiri. Aku sendiri kengkadang tu terfikir jugak, di mana aku boleh mendapatkan ilmu untuk mengalami keadaan seperti itu? Aku terfikir semalam, kat mana aku boleh belajar untuk bermain pedang? Kalau ada kawan-kawan yang tahu tolong maklumkan pada aku.

Jadi kawan-kawan, mungkin kita boleh fikirkan bersama. Mungkin aku salah jadi aku pohon untuk diperbetulkan. Bukankah "orang-orang yang berpesan terhadap kebenaran dan orang-orang yang berpesan kepada kesabaran" itu adalah orang-orang yang untung?

Monday, October 10, 2005

Soal Jiwa


Assalamualaikum...


Aku sebenarnya berharap agar aku dapat mendisiplinkan diri untuk menulis setiap hari, tapi selalu ada aral yang menghalang aku untuk menulis tiap-tiap hari. Bulan puasa ni semua rasa maca slow dan lembap sikit. Tapi hakikatnya, kehidupan berjalan seperti biasa, cuma psikologinya sahaja kita berasa lemah dan tidak bermaya (sesetengah orang la kan...). Minggu lepas adalah minggu yang sedikit memenatkan pasal aku kena siapkan proses pemurnian dokumentasi ISO. Berbicara soal ISO ni, ada tak korang perasaan yang sebenarnya sesetengah organisasi hanya menginginkan pensijilan ISO hanya kerana title dan gah. Sedangkan bukan satu praktikal sebenar yang diamalkan oleh organisasi tersebut. Aku melihat bahawa ada kalanya hanya sesetengah individu sahaja yang komited dalam benar-benar ingin melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (Quality System Management), sedangkan orang lain hanya tahu mendengar dan melihat. Mungkin benarlah seperti lagu yang pernah didendangkan oleh Pak Pandir bahawa, "Ada mata Pandang, Ada telinga Dengar, Ada mulut Diam, Ada tangan Garu, Ada kaki Goyang".

Pada aku, pangkat dan ketinggian pelajaran yang kita kecapi tidak semestinya membuahkan budi pekerti dan perangai yang tinggi jugak. Pada akhirnya, aku berasa semuanya adalah "soal jiwa" (bukan "sola hati"). Bila jiwa bersih dan suci, maka itulah yang kita lihat pada zahirnya. Insya-Allah...

Kat atas tu aku siarkan satu gambar yang aku edit dah lama dah! Aku ambik gambar ni curik2. So, kepada individu dalam gambar, kalau dia terbaca dan terlihat gambar tu, aku harap halalkan lah...

Friday, October 07, 2005

My First Time




Assalamualaikum,

Finally i made it. To have my own blog like this one. Sudah terlalu lama rasanya aku teringin sangat nak buka satu blog tapi selalu tak kesampaian. So, this is it. Aku harap aku dapat menulis selalu dalam blog dan menyampaikan maklumat yang berguna pada semua orang tentang apa yang berlaku di persekitaran aku dan bagaimana ianya boleh mempengaruhi kehidupan orang lain. Chewahh!
Bersempena dengan bulan Ramadhan ni aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam yang ada di dunia ni yang masih hidup dan cukup syarat untuk berpuasa. Semoga Ramadhan tahun ini akan mendatangkan keberkatan dan semoga kita menjadi insan yang lebih baik daripada tahun yang sebelumnya. Insya-Allah...