Time and Tide Wait for No Man

Assalamualaikum....
Setiap hari aku akan on komputer, connect ngan internet, pastu tgk2 blog termasuklah blog aku sendiri... pelik gak. Tengok jer... tak update pun... padahal banyak jer pun benda aku nak tulis kat sini.
Aku update sikit-sikit lah yer...
Kuhara Stallion
Rugby Club yang aku rebranding ni masih lagi dalam peringkat pembangunan. Terbaru sekali, aku baru order sebuah tackling bag untuk kegunaan latihan. Untuk pengetahuan korang, kelab ragbi ni memang tak ada apa-apa kemudahan selain daripada padang yang ada tiang. Jersi pun baru beli tahun lepas ok. Jadi, agak ketinggalan lah jugak daripada kemudahan untuk latihan. Kebanyakkan latihan adalah berdasarkan latihan kecergasan (jogging) dan latihan fizikal menggunakan beban badan sendiri dan beban rakan-rakan. Kicking tee pun atas dasar pembiayaan peribadi, bola yang baru order tahun lepas semua dah rosak. Aku kena tempah bola lagi untuk tahun depan. Agak2 korang berapa banyak aku nak tempah ek?
Spastic Rhyme Photography
Ini adalah baby project aku, bisnes aku. Duduk dekat sebuah pekan yang agak-agak nak maju ni, memang lah susah sikit aku nak dapat market. Tapi Alhamdulillah ada jugak kawan-kawan photographer lain yang bagi 2-3 projek untuk aku. Terima kasih untuk Syahnann Photographic D'sign dan AlbumKasih.com yang banyak membantu aku dari segi ini. Latest news is... Spastic Rhyme Photography akan menggunakan new equipment in near future. Harap-harap dapat beli sebuah Nikon D300s dalam minggu depan. Customers... be prepared for a better picture with Spastic Rhyme Photography. "Treasure Your Moments With Us".
Lain-lain
Tidak ada masa nak blogging.... dalam list aku, ada banyak things to do still queuing. Masalahnya ialah aku ni jenis yang suka procrastinate.... procrastination is thief of time... Aku pun tahu gak peribahasa tu. So, kat sini aku nak materialize kan list things to do kat otak aku ni... be happy reading it!
1. Edit gambar kahwin orang
2. Periksa kertas exam
3. Contact Jeff to negotiate camera price
4. Ready my equipment for tomorrow's job
5. Gilap kasut
6. Update blog
Aik??? apsal tak banyak plak? Pengajarannya di sini, kalau anda juga seorang yang suka procrastinate... list out all your things to do... dan baru anda tahu bahawa kerja tu tak banyak mana pun... Oleh kerana update blog list number 6, So.... sampai sini jer la aku tulis yer... kena bagi priority yang nombor 1 dan 2 dulu....
Da.....
No comments:
Post a Comment