Victorious warriors win first and then go to war, while defeated warriors go to war first and then seek to win.
Sun-tzu(~400 BC), The Art of War
Sun-tzu(~400 BC), The Art of War
Assalamualaikum...
Peribahasa di atas menyebabkan aku tersedar tentang erti sebenar perjuangan.
KRC Stallion
Hari Sabtu yang lalu, 3 May 2008, menyaksikan sekali lagi kekalahan ke atas pasukan KRC Stallion dalam Pertandingan Ragbi Kinabutan 10's. Kekalahan tersebut boleh dianggap teruk kerana dengan menghantar 2 buah pasukan, KRC Stallion 'A' yang dianggotai oleh pelajar dan KRC Stallion 'B' yang hampir semuanya dianggotai oleh x-students, masih belum dapat menunjukkan prestasi yang baik.
KRC Stallion 'A' seperti kehilangan arah tuju dalam padang dan seperti baru mengenali sukan ragbi. Diperbudak-budakkan sewenang-wenangnya oleh pasukan-pasukan lawan dan dijinak-jinakkan seperti cacing yang cuba menggali tanah ketika si pemancing menariknya keluar untuk dijadikan umpan di hujung mata kail. Waduh!
Perubahan ke atas bentuk latihan akan berlaku sekali lagi dan aku harap perubahan kali ini akan membawa kepada kemenangan yang berikutnya. Seperti peribahasa di atas, kami perlu menang terlebih dahulu untuk bersedia menghadapi pertandingan-pertandingan selanjutnya. Kemenangan dari segi mental dan fizikal pada diri sendiri, kemenangan setiakawan dan kepercayaan dalam pasukan dan kemenangan mencari sasaran secara keseluruhannya. Ini lah yang patut aku capai terlebih dahulu sebelum menghadapi pertandingan selanjutnya. Insya-Allah.
No comments:
Post a Comment