Thursday, August 17, 2006

Realiti

Assalamualaikum,

Masih di pejabat waktu-waktu begini. Menyiapkan kerja-kerja yang masih banyak perlu disiapkan. Memerlukan ketekunan dan penghayatan yang lebih. Sebenarnya aku sedang menyiapkan kerja-kerja untuk persediaan menghadapi Mesyuarat Semakan Pengurusan (Management Review) pada hari Sabtu minggu ni. Lagi sehari lebih kurang. Ada beberapa perkara yang masih perlu aku selidiki dan juga perlu dirancang agar perjalanan mesyuarat lancar dan berkesan. Apalah gunanya sekiranya mesyuarat diadakan tanpa dapat memberikan apa-apa manfaat dan keputusan yang bijak dan ideal sedangkan banyak tenaga dan belanja yang dihabiskan untuk mengadakan mesyuarat tersebut. Aku rasa tak pernah begini susah untuk menjalankan satu mesyuarat. Ini yang pertama bagiku. Pengalaman yang mungkin berguna pada satu hari nanti.

sebenarnya aku baru sahaja membeli sebuah buku novel yang ditulis oleh seorang Sasterawan Negara iaitu A. Samad Said. Mesti korang pun pernah dengar nama ni. Tajuk novel tu ialah Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri. Aku ada tulis kat tepi tu... Sebenarnya aku belum pun mula baca buku ni. Cuma ada baca beberapa potong ayat yang sempat aku selak. Tapi kisahnya adalah berkisar kehidupan suami isteri di sebuah tempat yang bernama Fatehpur Sikri. Cerita tentang cinta dalam rumahtangga dan juga sosioekonomi kawasan tersebut yang mana menjadi tumpuan tempat pelancongan.

Aku beli buku ni adalah untuk menjana idea dan jua melihat-lihat akan penggunaan plot, teknik menulis dan aku juga ingin belajar bagaimana sesuatu mesej disampaikan dalam bentuk penceritaan yang tersirat. Aku rasa bukan senang untuk menyampaikan mesej-mesej tersirat dalam cerita yang disulami dengan kisah percintaan dan kasih sayang. Apa yang kita selalu baca ialah, sebuah cerita yang straight to the love story. Banyak buku-buku tebal yang dijual diluar yang mana kebanyakkannya berkisar tentang cinta, cinta dan cinta. Jarang kita berjumpa sebuah novel atau buku cerita cinta namun sarat dengan mesej kemanusiaan ataupun mesej protes dan tentangan dalam penceritaannya. Jarang sekali. Lagipun aku rasa kebanyakkan dari kita pun lebih suka membaca buku-buku yang sarat dengan kisah cinta semata-mata kerana itulah salah satu cara kita melampiaskan hasrat dan ilusi kehidupan yang kita mahukan.

Aku juga baru mula menulis sebuah lagi cerita yang mana aku akan sampaikan berlatarbelakangkan cerita cinta namun disebalik itu ialah sebuah cerita tentang kehidupan realiti golongan-golongan seperti aku. Golongan-golongan pertengahan usia antara remaja dan dewasa, dalam mencari kehidupan yang hakiki di dunia ini, ditengah-tengah kemelut ekonomi yang sarat, peluang pekerjaan yang tidak begitu menyebelahi orang-orang seperti aku dan pendek kata aku menulis tentang persekitaran ku sekarang. Hahahahaha....

Jadi mungkin aku dapat jadikan Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri ini sebagai guru dalam aku menyiapkan cerita ku nanti. Bukan niat untuk memplagiat atau pun mencuri harta intelek milik peribadi A. Samad Said, cuma hasrat ingin berguru dari kejauhan. Semoga niatku mendapat restu.

2 comments:

Babyfacekiller said...

selamat bermesuarat encik rhyme.. how's ur life getting on.. baby?

spastic rhyme said...

baby takder lagi la..... doakan supaya cepat sikit. :D