Tuesday, August 22, 2006

Alhamdulillah... Segala Puji Bagi Allah


Assalamualaikum...

Hari ni aku cuti. Semalam baru hantar orang rumah kat Puduraya balik gi Kedah. Esok ada ujian khas untuk memasuki perkhidmatan awam. Alhamdulillah kerana dalam bulan ni rezeki mencurah-curah. Perkara yang jarang-jarang berlaku, rezeki yang kita nampak datang berlimpah-limpah. Semuanya adalah anugerah dan hadiah daripada Allah yang Maha Esa. Allahu Akbar.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, aku baru sahaja menerima satu berita baik semalam. Aku telah diterima untuk menjawat jawatan pegawai tadbir baru di tempat aku bekerja sekarang. Walaupun taraf jawatan tu adalah kontrak untuk sementara, namun aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku akan dapat menimba pengalaman yang lebih dan belajar lebih banyak perkara yang mungkin selama ini tidak aku ketahui. Namun, kadang-kala terlintas difikiran tentang tangunggjawab dan harapan orang terhadap aku apabila menjawat jawatan tu. Biasalah, the more power you held, the more responsibility and burden you carry. Memanglah lumayan imbuhan yang diberikan, tapi bebanan tugas dan amanah yang dipikul itu juga sama banyak dengan imbuhan yang ada. Malah bebanan dan amanah itu bukan setakat dibawa di dunia tetapi juga dibekal hingga ke akhirat. Kawan-kawan doakanlah agar aku dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab ini sebaik mungkin.

Untuk penghargaan dan kepercayaan yang telah diberikan kepada aku ini, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan sepejabat yang aku tahu banyak membantu aku selama aku bertugas di sini. Kalian banyak memberi inspirasi, bantuan, sokongan dan ilmu yang amat berguna bagi aku. Jasa baik rakan-rakan semua hanya tuhan yang dapat membalasnya. Aku doakan agar kalian juga akan dilimpahkan rezeki dari-Nya. Kepada Eliz, Ina, Mun, Fitt, Ceeko, Nafi, Epoi, En. Din, Dayah, Kak Sal, Kufa, Ittiey, En. Hairi, Dahlan, En. Aris, Izan, Zaidi, Kak Yan, Khairul, Nor Meow, Epiz, Fazli, Ijui, Fadhil, Lokman, Saadah, Kak Awin dan semua yang tak sempat disenaraikan disini, terima kasih yang tidak terhingga buat kalian dan maafkanlah sekiranya banyak perbuatan atau kelakuan sebelum ini yang menyinggung perasaan kalian. Bila nak gi D'Lima Nipis lagi?

Buat isteri yang tercinta, mak dan abah yang amat dikasihi, aku tahu kalian banyak mendoakan kejayaan dan kebahagiaan. Semoga kalian diredhai dan dirahmati oleh-Nya selalu. Selautan kasih dan sayang untuk kalian.

Thursday, August 17, 2006

Realiti

Assalamualaikum,

Masih di pejabat waktu-waktu begini. Menyiapkan kerja-kerja yang masih banyak perlu disiapkan. Memerlukan ketekunan dan penghayatan yang lebih. Sebenarnya aku sedang menyiapkan kerja-kerja untuk persediaan menghadapi Mesyuarat Semakan Pengurusan (Management Review) pada hari Sabtu minggu ni. Lagi sehari lebih kurang. Ada beberapa perkara yang masih perlu aku selidiki dan juga perlu dirancang agar perjalanan mesyuarat lancar dan berkesan. Apalah gunanya sekiranya mesyuarat diadakan tanpa dapat memberikan apa-apa manfaat dan keputusan yang bijak dan ideal sedangkan banyak tenaga dan belanja yang dihabiskan untuk mengadakan mesyuarat tersebut. Aku rasa tak pernah begini susah untuk menjalankan satu mesyuarat. Ini yang pertama bagiku. Pengalaman yang mungkin berguna pada satu hari nanti.

sebenarnya aku baru sahaja membeli sebuah buku novel yang ditulis oleh seorang Sasterawan Negara iaitu A. Samad Said. Mesti korang pun pernah dengar nama ni. Tajuk novel tu ialah Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri. Aku ada tulis kat tepi tu... Sebenarnya aku belum pun mula baca buku ni. Cuma ada baca beberapa potong ayat yang sempat aku selak. Tapi kisahnya adalah berkisar kehidupan suami isteri di sebuah tempat yang bernama Fatehpur Sikri. Cerita tentang cinta dalam rumahtangga dan juga sosioekonomi kawasan tersebut yang mana menjadi tumpuan tempat pelancongan.

Aku beli buku ni adalah untuk menjana idea dan jua melihat-lihat akan penggunaan plot, teknik menulis dan aku juga ingin belajar bagaimana sesuatu mesej disampaikan dalam bentuk penceritaan yang tersirat. Aku rasa bukan senang untuk menyampaikan mesej-mesej tersirat dalam cerita yang disulami dengan kisah percintaan dan kasih sayang. Apa yang kita selalu baca ialah, sebuah cerita yang straight to the love story. Banyak buku-buku tebal yang dijual diluar yang mana kebanyakkannya berkisar tentang cinta, cinta dan cinta. Jarang kita berjumpa sebuah novel atau buku cerita cinta namun sarat dengan mesej kemanusiaan ataupun mesej protes dan tentangan dalam penceritaannya. Jarang sekali. Lagipun aku rasa kebanyakkan dari kita pun lebih suka membaca buku-buku yang sarat dengan kisah cinta semata-mata kerana itulah salah satu cara kita melampiaskan hasrat dan ilusi kehidupan yang kita mahukan.

Aku juga baru mula menulis sebuah lagi cerita yang mana aku akan sampaikan berlatarbelakangkan cerita cinta namun disebalik itu ialah sebuah cerita tentang kehidupan realiti golongan-golongan seperti aku. Golongan-golongan pertengahan usia antara remaja dan dewasa, dalam mencari kehidupan yang hakiki di dunia ini, ditengah-tengah kemelut ekonomi yang sarat, peluang pekerjaan yang tidak begitu menyebelahi orang-orang seperti aku dan pendek kata aku menulis tentang persekitaran ku sekarang. Hahahahaha....

Jadi mungkin aku dapat jadikan Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri ini sebagai guru dalam aku menyiapkan cerita ku nanti. Bukan niat untuk memplagiat atau pun mencuri harta intelek milik peribadi A. Samad Said, cuma hasrat ingin berguru dari kejauhan. Semoga niatku mendapat restu.

Cinta Sepi

Cinta Sepi
M. Nasir

Kau nyalakan pelita hati
Tapi sayang di tengah hari
Aku sedari bukan tak peduli
Betapa halusnya cinta
Hingga kita bisa tersinggung
Walau dengan setitis dusta

Terbakar hari panas mentari
Panas lagi cinta ini
Haruskah kita terus begini?
Dalam mencari erti cinta
Hingga bisa kita tersinggung
Walau dengan setitis dusta

Diam bukan bererti aku tidak mengerti
Dan bukan cumbu rayu yang membuat kita rindu

Lumrahnya cinta
Sedang kita alami cinta sepi
Dekat ku rasa jauh pun ku rasa
Sekuat manapun getaran cinta kita

Monday, August 14, 2006

Mimpi Jadi Kenyataan

Assalamualaikum,

Setiap insan yang hidup dan berakal di dunia ini pastinya mempunyai impian dan harapan. Selagi namanya manusia, kita tidak pernah puas dengan kehidupan yang kita lalui sehari-hari. Namun ada kalanya, kita berasa riang dan gembira kerana kemahuan kita dapat dipenuhi.

Bagaikan mimpi menjadi realiti, hari-hari yang ku tempuh semakin menggembirakan walaupun ada saat-saat kedukaan. Banyak impian dan harapan yang kini menampakkan cahaya untuk dikecapi. Dulu aku sendiri tertanya-tanya adakah aku mampu untuk memiliki harapan dan impian yang selalu menjadi igauan dan khayalan sebelum tidur. Alhamdulillah, aku berjumpa seseorang yang banyak membuka mata dan menunjukkan peluang kepadaku.

Menulis

Dulu aku bermimpi untuk menjadi seorang penulis novel. Malah aku telah menghasilkan sebuah manuskrip pendek untuk simpanan peribadiku. Tiga tahu aku menyimpan manuskrip itu, dan pada hari Jumaat yang lalu aku dipertemukan dengan seorang penulis yang tidak asing dalam dunia penulisan. Itu pun adalah idea daripada orang yang telah membukakan mataku pada aspek kehidupan. Dan akhirnya, penulis itu bersetuju untuk melihat-lihat akan karya ku yang tidak seberapa itu untuk diperbaiki dan ditokok tambah dari segi pengembangan idea, teknik menulis dan jalan cerita. Seperti tidak disangka-sangka, karya yang tiga tahun terperap di dalam stor rumah, kini berada dalam tangan seorang penulis terkenal untuk dilihat-lihat dan dibelek-belek seadanya. Semoga aku dapat memperbaiki karya itu selepas dikomen dan dikritik dan seterusnya membolehkan ia diterbit. Aku akan maklumkan kawan-kawan perkembangan terkini berkenaan perkara ini.

Lirik

Aku akan cuba untuk memasukkan seberapa banyak lirik lagu yang aku ada dalam blog ni. Kalau-kalau ada rakan-rakan yang ingin berkongsi lirik lagu, aku persilakan. Untuk hari ni, aku tuliskan lirik sebuah lagu lama daripada kumpulan rock Journey.

OPEN ARMS
Journey
Written by: S. Perry/J. Cain

Lying beside you, here in the dark
Feeling your heartbeat with mine
Softly you whisper, you're so sincere
How could our love be so blind
We sailed on together
We drifted apart
Now here you are, by my side

*So now I come to you with open arms
Nothing to hide, believe what I say
So here I am, with open arms
Hoping you'll see what your love means to me
Open arms*

Living without you, living alone
This empty house seems so cold
Wanting to hold you
Wanting you near
How much I wanted you home

But now that you've come back
Turned night into day
I need you to stay

*CHORUS*