Monday, July 17, 2006

If You're Not The One, Than Who?

This is another song that i love to hear.


If You're Not The One - Daniel Bedingfield

If you're not the one then why does my soul feel glad today?
If you're not the one then why does my hand fit yours this way?
If you are not mine then why does your heart return my call?
If you are not mine would I have the strength to stand at all?

I never know what the future brings,
but I know you are here with me now,
We'll make it through,
and I hope you are the one I share my life with

I don't wanna run away but I can't take it, I don't understand,
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

If I don't need you then why am I crying on my bed?
If I don't need you then why does your name resound in my head?
If you're not for me then why does this distance maim my life?
If you're not for me then why do i dream of you as my wife?

I don't know why you're so far away,
But I know that this much is true,
We'll make it through,
And I hope you are the one I share my life with,
And I wish that you could be the one I die with,
And I pray in you're the one I build my home with,
I hope I love you all my life

I don't wanna run away but I can't take it , I don't understand,
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way that I can stay in your arms?

'Cause I miss you body and soul so strong that it takes my breath away,
And I breathe you into my heart and pray for the strength to stand today,
'Cause I love you, whether it's wrong or right,
And though I can't be with you tonight,
You know my heart is by your side

I don't wanna run away but I can't take it,
I dont understand,
If I'm not made for you then why does my heart tell me that I am?
Is there any way I can stay in your arms?

Thursday, June 15, 2006

Kerna Sayang...

Here it's guys, at last I found something that makes me wants to post it in this blog. Kerna Sayang by V.E

Kerna Sayang

Tiap kali kau berlari ku fikirkan
Hanya engkau yang ku idamkan
Tak pernah pula kau bercerita
Siang malam kau menderita

Jangan dibiarkan perasaan mengawal hati
Jangan dibiarkan semuanya berlalu pergi

*(bridge)
Walaupun disini kutetap berdiri
Ku mengundang kasih
Walaupun sendiri kutetapkan kembali
Agar kita akan bersama

**(chorus)
Jangan pulangkan kerinduan
Tiap kali kau berjauhan
Tidak mudah ku melupakan
Kerna sayang...
Kali pertama di pandangan
Buat ku terbang di awangan
Jangan pulangkan kerinduan
Kerna sayang...

Engkau memungkiri janji (bukan aku)
Engkau yang melupakannya (bukan aku)
Hanya aku yang impikan
Agar kita berbahagia hingga ke anak cucu

Tapi itu semuanya kenangan
Yang tinggal hanya perasaan
Dalam doaku hanya ingin slalu di sampingmu...
Oh pulanglah...

(ulang * & **)

(babbling)
Sering kali, ku mengenangkan mu
Siang, malam ku mendoakan kebahgiaanmu
Yang ku pinta hanyalah tulus hatimu
Agar kau balas kerinduanku

See you again next time...

Wednesday, January 11, 2006

My Wedding Ceremony

"Ya Allah Ya Tuhan Kami
Satukanlah hari kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa,
Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad dan Siti Khadijah.
Semoga Allah memberikan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan di akhirat
Amin Ya Rabbal Alamin"
Assalamualaikum

Hampir beberapa bulan aku tak masukkan entry dalam blog aku ni. Alhamdulillah, akhirnya aku berkesempatan jugak nak update blog ni.

Setelah last entry yang lalu, banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup. Ada yang menggembirakan, menyedihkan, memilukan, menyayat hati, membahagiakan, membencikan, namun semuanya dapat ku tempuh hingga ke saat ini.


Majlis Perkahwinan
Seperti yang aku telah janjikan.... Nah! Inilah dia gambar-gambar saat bahagiaku...

Saat-saat penuh debaran

Alhamdulillah selesai

Masa Berarak

Dan akhirnya selamat di jinjang pelamin bersama-sama orang tua ku.

Semoga kekal hingga ke akhirat. Amin..........................

Itulah dia gambar-gambar yang dapat aku selitkan kat sini buat tatapan kawan-kawan. Doakan aku berbahagia selalu dan juga doakan supaya cepat menimang cahaya mata.

Thursday, November 17, 2005

Sekali Lagi

"Dalam awan ada hujan dan dalam hujan ada lautan,
Dalam baju ada cinta dan dalam cinta ada segala-galanya..."
Ada, Sung by M. Nasir
Assalamualaikum...

Akhirnya aku berpeluang juga untuk menulis semula dalam blog aku ni. Setelah beberapa kali mencuba untuk menulis, namun tetap tak berkesempatan. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, aku baru sahaja lepas menjalankan audit pra-kecukupan MS ISO 9001:2000 untuk tempat aku kerja ni. Tu pasal la kerja menimbun sangat. Itupun aku punya bos kecik (Dahlan) sama aku punya bos besar tak purcaya la sama aku.

Hari Raya Aidulfitri

Tahun ini aku beraya sekali lagi sebagai anak perantau. Beraya di negeri orang dan bukan di rumah sendiri tidak sama rasanya. Syahdunya rasa hati bila mendengar takbir awal pagi raya hanya tuhan yang tahu. Terasa kecil dan jauh rasanya diri ini daripada pandangan yang maha esa. Terasa luluh dan syahdu tangkai jiwa bila mengenangkan keluarga yang jauh di mata. Namun biarlah jauh di mata asalkan dekat di hati. Begitulah rasa bila berhari raya di perantauan.

Namun begitu, ada juga sesetengah orang yang berasa seronok apabila beraya jauh daripada kampung halaman. Aku pernah mendengar cerita daripada beberapa orang kawan yang suka akan keadaan seperti ini. Ada juga antaranya suka beraya di luar negeri atau negara. Bercuti di hari raya. Pergi ke tempat yang jauh dan tidak ada sesiapa yang kenal. Aku tak pasti apakah perasaan orang-orang yang seperti ini. Mungkin ada keseronokan di sebaliknya. Tapi aku tak mengerti. Mungkin kawan-kawan boleh jawapkan melalui komen nanti.

Apa-apa pun, hari raya aidilfitri ini tetap berlalu dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran. Spastic nak mintak maaf pasal tak dapat nak masukkan gambar-gambar masa beraya hari tu. Insya-Allah akan letak jugak kalau dah ada nanti.

Audit Pra-Kecukupan

Seperti yang aku dah nyatakan kat atas, 16 Nov. 2005, tempat aku kerja ni dah pun melaksanakan Audit Pra Kecukupannya untuk pensijilan MS ISO. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan Alhamdulillah juga tidak ada major problem sepanjang majlis tersebut. Walaubagaimana pun, all the documentation was still not at its best. There were still mistakes and mistype. So, the job to fix all the problem later wil be burden on my batu jemala patik la kan.... Anyway, it goes smooethly and we got so much information from the auditors and also more knowledge to handle all the procedures and guidelines. Hopefully that i can get thru to recheck all the procedures and guideline and also hoping my bos kecik will give me a little bit relaxing moment as i'm getting married soon.

Majlis Perkahwinan Aku

Insya-Allah dengan segala kurniaan dan keizinan daripada Allah yang Maha Besar dengan segala kebesaran dan keagungan, aku yang spastic ni akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Oleh yang demikian, aku dengan ini menjemput kepada kawan-kawan untuk menghadiri majlis perkahwinan aku nanti. Butiran adalah seperti yang tercatat di bawah ini:

Tarikh: 26 November 2005
Tempat: No. 404, Blok 19, Felda Palong 5, Gemas, NSDK
Masa: 11.00 pg. - 4.00 ptg.

dan

Tarikh: 30 November 2005
Tempat: Dewan Orang Ramai, Taman Ehsan, Tawau, Sabah
Masa: 8.00 mlm. - 11.00 mlm.

Aku mohon agar kawan-kawan mendoakan perkahwinanku ini akan kekal hingga habis nyawa di kandung badan.... Insya-Allah.

Business Hour

As most of my close friend do know that i'm also luring in some small business for example Motivation Courses, Training Courses, Travelling Package, Website Development, Software Development and my main business right now is my network marketing business. I don't mean to publicise or what so ever, but if you think you would like to join or to know how did i make money to work for me, please don't be hesitate to call me at 012-3233402. For the Training Courses, i got a lot of packages for primary students up to college and university students. Whoever feel like interested to have a professional training program, please call me. About my network marketing business, i'm doing a big and grand latest network marketing method and it's easier by doing this online or offline. You can earn money just by sitting at home with a right strategies and guidelines. If you feel like want to try something new, do call me and we'll arrange for an appointments later.

Monday, October 31, 2005

Selamat Hari Raya Aidlfitri


Assalamualaikum...

Lagi 3 - 4 hari lagi, umat Islam di Malaysia dan beberapa tempat lagi di dunia ni akan menyambut satu perayaan kemenangan yang paling besar iaitu perang melawan nafsu. Oleh yang demikian, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Semoga aidilfitri ahun ini akan memberikan lebih banyak makna kepada hidup kita. Tanpa kita sedari, setiap hari yang kita lalui sebenarnya memberikan satu pengalaman dalam hidup kita. Oleh yang demikian, hargailah setiap hari yang kita lalui. Begitu juga dengan Ramadhan dan Syawal yang akan kita lalui. Harapnya semua kawan-kawan akan bergembira bersama sanak saudara tercinta. Aku juga nak memohon sejuta kemaafan daripada En. Aris, En. Din, Kak Iti, Kak Sal, Fitry, Dahlan(Sontot), Zaidi(Stok), Kak Izan, Kak Xareena, Kak Eliz, Kak Awinz, Munirah, Kak Lin, Kak Ina, Kak Kufa, Fadhil, Kak Shue, Scott, Hazrin, Nasyar, Farah_Harlina, Azizie(ZieBo), Yance, Miedah, Liza, Deebah, Awok, Moniza, Mag, Azrul(Chir), Fairuz(Juih), Paan, Oden, Pili, Butat, Raj, Mimie, Kak Yani, Jen-jen, Emelyn, Fazli, Mus, Farid, Syuk, Ecah, Afdlin(master of kodok), Ayien, Pn. Raihan dan semua orang yang tak dapat aku senaraikan sekiranya ada perkataan dan perbuatan yang tidak sedap didengar dan tidak sedap di pandang. Semoga aidilfitri ini kita membuka lembaran baru dalam sejarah kehidupan kita.

Aku akan bercuti mulai hari esok. Ini bermaksud, blog ini juga akan berehat buat sementara waktu ini sehingga ke hari mingu yang seterusnya. Insya-Allah aku akan selitkan gambar-gambar menarik sepanjang Syawal selepas ini.