Sewaktu matahari semakin hilang daripada pandangan mata, dan bulan semakin mengambang di ufuk barat.
Sekali-sekala hidup manusia ini sering ditakdirkan oleh nasib. Good Luck! Ucapan yang selalu kita dengar dan ucapkan untuk sahabat handai, rakan taulan. Perjuangan hari-hari berikutnya selalu dipulangkan kepada ketentuan nasib.
KRC Stallion
Tanpa diduga, nasib tidak begitu menyebelahi pasukan KRC Stallion dalam kejohanan ragbi MSSGT. Kekalahan dalam tiga perlawan menyebabkan KRC Stallion berada di tangga ke-empat. Keputusan sepanjang perlawanan yang diadakan pada 24 - 26 Mac yang lalu:
SM Teknik 3 - 1 KRC Stallion
SMK Kinabutan 7 - 0 KRC Stallion
SMK Merotai 2 - 1 KRC Stallion
KRC Stallion 5 - 0 SM St. Patrick
Kejohanan telah diungguli oleh pasukan SM Teknik yang pada tahun ini telah menunjukkan prestasi yang sangat meningkat mengikut pandangan jurulatih-jurulatih yang lain. Aku kan baru lagi dalam arena ni di Tawau. So, pengetahuan aku tentang kejohanan-kejohanan yang lepas amatlah tipis.
Walaupun demikian, semangat perjuangan KRC Stallion masih unggul dan utuh untuk mempersediakan pasukan ini ke arah kejuaraan pada kejohanan yang lain. Nasib yang tidak begitu menyebelahi pasukan semasa kejohanan tersebut tidak di tangisi. Pasukan ini percaya dengan Good Luck yang diberikan oleh pasukan lain setiap habis perlawanan sebagai penyerahan tuah yang lebih bagus untuk kejohanan pada masa akan datang.
Dalam kekalahan tersebut, seorang pemain KRC Stallion telah terpilih untuk mewakili daerah Tawau untuk kejohanan ragbi MSSS yang berlangsung di Keningau pada 21 - 24 April akan datang. Pemilihan tersebut sedikit sebanyak meniup api perjuangan di dalam pasukan. Ternyata persiapan yang lebih rapi membolehkan impian jadi kenyataan. Hidup KRC Stallion!
Sketsa Kerjaya
New task! Sketsa kerjaya yang akan berlansung dalam bulan Mei. Aku kena jadi jurulatih. Skrip dah taip dan pelakon telah pun dipilih. Aku dah sediakan skrip untuk sketsa lebih kurang 15 minit. Tajuk: Ahmad Tukang Sapu Millennium. Hahaha. Macam lucu jer bunyi dia. Memang lebih kurang lucu jugak la. Apapun, perjalanan baru bermula untuk pasukan sketsa ni dan perkiraan nasib masih belum boleh ditentukan. Bagi aku, nasib perkara terakhir selepas usaha dan doa. Nasib datangnya dari tawakal kepada yang Esa. Sehabis baik! itulah moto yang paling bagus buat masa ni dan semoga doa kawan-kawan mengiringinya. Amiin....
Spastic Rhyme Photography


Pengumuman! Spastic Rhyme Photography akan beraksi dalam bulan Mei ini. Alhamdulillah, ada beberapa tempahan untuk gambar perkahwinan sepanjang cuti sekolah nanti dan SPR akan memastikan yang terbaik untuk pelanggan.
Insya-Allah juga akhirnya SPR akan didaftarkan secara rasminya pada bulan tersebut. Tidak lagi secara sambilan, tetapi jurufoto-jurufoto SPR akan berkerja secara amatur dan menuju ke arah professional. Tempahan masih lagi dibuka untuk bulan Mei dan juga selepas itu. Cepat! Cepat! Tempahan awal membolehkan anda mendapat tawaran harga yang hebat! Dah macam iklan kat pasaraya la pulak. Tapi takper, SPR akan memastikan yang terbaik untuk anda. Treasure Your Moments With Us